Seorang Lelaki M4ut Dirempuh & Diseret Oleh 2 Individu. | MELAKA – Seorang pesara kerajaan maut selepas dirempuh sebuah kereta gara-gara menegur muzik dipasang dua individu di dalam kenderaan tersebut terlalu kuat di Plaza Pandan Malim di sini, Isnin lalu.
Dalam kejadian pada pukul 2.45 pagi itu, mangsa berusia 57 tahun disahkan meninggal dunia selepas 11 jam bertarung nyawa di Hospital Melaka.
Menurut anak mangsa berusia 20-an, kejadian berlaku selepas dia dan bapanya menegur dua lelaki menaiki kereta jenis Perodua Axia yang memasang muzik terlalu kuat di kawasan rumahnya di Kampung Padang dekat sini.
“Pada pukul 2.40 pagi saya dan ayah terjaga dari tidur selepas mendengar bunyi muzik yang sangat kuat dari sebuah kereta Axia dan kami keluar menegur mereka untuk beredar.
“Kedua-dua mereka pada awalnya beredar, namun datang semula beberapa minit kemudian dengan membuat beberapa pusingan sambil memasang muzik kuat membuatkan kami keluar semula untuk menegur,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.
Ujarnya, dia bagaimanapun tidak menyangka pemandu tersebut cuba melanggarnya sehingga terpaksa berlari ke arah belakang sebuah restoran 24 jam di bangunan plaza berdekatan untuk menyelamatkan diri.
“Kereta itu kemudian dilihat berpusing menuju ke arah ayah dan bertindak melanggar serta menyeretnya sejauh kira-kira 20 meter ke belakang kedai,” ujarnya.
Tambahnya, dia juga sempat melihat ayahnya berpaut di atas bonet kereta tersebut sebelum terjatuh dalam keadaan berlumuran darah.
“Kedua-dua mereka yang dipercayai dalam keadaan mabuk telah melarikan diri, ayah pula disahkan meninggal dunia pada pukul 2.04 petang ketika dirawat di hospital, kini tinggal kami tujuh beradik dan ibu.
“Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang,” jelasnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit ketika dihubungi pemberita mengesahkan kejadian tersebut dan telah membuat tangkapan ke atas seorang lelaki berusia 28 tahun.
Katanya, pihak polis bagaimanapun masih mengesan seorang lagi lelaki tempatan berusia 27 tahun bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sumber : Kosmo
ARTIKEL LAIN UNTUK DIBACA
(VIDEO) Penunggang Motosikal Melambung Dirempuh Kereta Langgar Lampu Isyarat | Seorang pegawai perkhidmatan pelanggan melambung apabila motosikal ditungganginya dilanggar sebuah kereta yang melanggar lampu isyarat merah di Jalan Batu Unjur, semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.50 pagi, mangsa dikenali AK Jonathan, 27, patah jari manis kaki kanan selain luka di bahagian belakang anggota badannya.
Insiden pelanggaran itu tular di laman Twitter menerusi video berdurasi 22 saat daripada rakaman kamera papan pemuka sebuah kereta.
Tonton Video Kemalangan Terbabit :
View this post on Instagram
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, berdasarkan hasil siasatan awal kereta jenis Proton Wira itu dipandu peniaga ikan berusia 20 tahun.
Katanya, kenderaan itu didapati tidak memberhentikan kenderaannya semasa lampu isyarat merah dari Pandamaran ke Taman Sentosa.
“Ini menyebabkan kereta itu melanggar mangsa yang dalam perjalanan ke Bukit Tinggi dari Taman Chi Liung.
“Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk rawatan lanjut,” katanya daam kenyataan hari ini.
Jelas beliau, kes disiasat mengikut Seksyen Seksyem 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber : Kosmo