SUBANG JAYA – Seorang lelaki maut ditembak oleh tiga individu tidak dikenali dalam kejadian di sebuah kedai aksesori telekomunikasi di Jalan PJS 11/28, Bandar Sunway, di sini tengah hari kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.35 petang itu, mangsa berusia 32 tahun, mempunyai rekod jenayah samun serta curi disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba di Hospital Serdang.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, siasatan awal mendapati, mangsa didatangi tiga lelaki bangsa tidak pasti yang masuk ke dalam premis berkenaan.

Menurut beliau, dua daripada tiga suspek berkenaan melepaskan tembakan ke arah mangsa.

“Tembakan itu menyebabkan mangsa terlantar dalam keadaan berdarah akibat kesan tembakan. Satu laporan polis dibuat seorang lelaki mengenai kejadian tersebut sebelum pihak kami tiba di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Wan Azlan, pihak forensik hadir ke tempat kejadian dan menemui dua kelongsong peluru, serpihan peluru dan anak peluru (masing-masing satu).

“Selain itu, dua swab darah dan sepasang selipar di temukan di tempat kejadian. Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan bunuh,” jelasnya.

Dalam pada itu, kata beliau, pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut supaya tampil memberikan kerjasama kepada pihak polis melalui Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya ditalian 03-78627100.

“Atau boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Ahmad Faizal Shaikh Ab. Rahim di talian 019-7506606. Segala identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan,” katanya.

@utusantvofficial

Dalam kejadian 1.35 tengah hari itu, mangsa berusia 32 tahun maut terkena dua das tembakan. (14/6/23). #fyp #trendingnewsmalaysia #trendingnewsmalaysia #bandarsunway

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

Sumber : Kosmo

 

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Tertembak M4ti Rakan, Defendan Diarah Bayar Ganti Rugi RM281,807

Mahkamah Sesyen di sini memerintahkan empat defendan termasuk Kerajaan Malaysia dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) membayar ganti rugi berjumlah RM281,807.20 kepada keluarga Renjer Perhilitan Negeri Sembilan, Cyril Quing yang maut selepas dipercayai terkena tembakan rakan setugas dalam operasi membasmi kera dalam hutan di Kampung Durian Daun di Rembau pada 2018.

Hakim Mahkamah Sesyen, Datin Surita Budin membuat keputusan berhubung ganti rugi itu kepada isteri mendiang, Winnona Simon serta dua anak perempuannya, Callista Wanda Cyril dan Calliandra Wenzel Cyril secara dalam talian pada pukul 4.54 petang semalam.

Keluarga mendiang memfailkan saman sivil terhadap Ketua Operasi yang juga rakan setugas mangsa, Mohamad Hakim Mohamed Khairuddin, 35, Pengarah Perhilitan Negeri Sembilan, Ketua Pengarah Perhilitan Semenanjung Malaysia dan Kerajaan Malaysia selaku defendan pada tahun 2020.

Pihak plaintif diwakili oleh peguam, Ahmad Nabilimran Ahmad Halimi dan Muhammad Yazid Mohamad Salim.

Ahmad Nabilimran berkata, mahkamah menetapkan bayaran sebanyak RM165,307.20 untuk kehilangan tanggungan, RM10,000 ganti rugi untuk kesedihan, RM6,500 bagi kos pengebumian dan RM100,000 untuk kos ganti teruk.

“Plaintif berjaya membuktikan tuntutannya di mana defendan pertama, Mohamad Hakim bertanggungjawab dalam menyebabkan kematian mangsa pada hari kejadian 29 Ogos 2018.

“Mahkamah membuat dua dapatan penting iaitu tiga defendan lain termasuk Pengarah Perhilitan Negeri Sembilan, Ketua Pengarah Perhilitan Semenanjung Malaysia dan Kerajaan Malaysia bertanggungjawab secara terus serta 100 peratus cuai untuk menjamin keselamatan anggota dalam perkhidmatannya sehingga menyebabkan kematian Cyril Quing, 35,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Menurut Nabilimran, mahkamah turut membenarkan faedah lima peratus untuk ganti rugi am dari tarikh penyampaian saman sehingga penghakiman dan 2.5 peratus untuk ganti rugi khas dari tarikh kejadian sehingga tarikh penghakiman.

“Manakala lima peratus ke atas jumlah penghakiman dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh.

“Kos tindakan secara global sebanyak RM30,000 turut dikenakan mengambil kira kerumitan kes di mana 13 hari perbicaraan kes dihabiskan dengan 11 orang saksi termasuk saksi sapina dan saksi pakar telah dipanggil,” katanya.

Ahmad Nabilimran berkata, defendan pertama, Mohamad Hakim juga sedang menjalani perbicaraan jenayah di bawah pertuduhan Seksyen 304A Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kematian mangsa tanpa niat di Mahkamah Majistret Rembau.

Sebelum ini media melaporkan, seorang Renjer Perhilitan Negeri Sembilan maut selepas dipercayai terkena tembakan rakan dalam operasi membasmi kera dalam hutan di Kampung Durian Daun di Rembau pada 29 Ogos 2018.

Mangsa, Cyril Quing, 35, bersama 16 rakan setugas terbabit dalam operasi membasmi musuh tanaman itu di mana sebelum memulakan operasi mangsa bersama pasukan menyertai taklimat penggunaan senjata api dan kemudian dibawa tiga penduduk masuk ke kawasan hutan untuk memburu kera.

Cyril Quing secara tiba-tiba berlari keluar hutan dan meminta bantuan beberapa rakan setugas lain memberitahu dia terkena tembakan di bahagian bahu kanan sebelum disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Rembau.

Pemeriksaan mendapati terdapat kesan cedera berlubang di dada kanan mangsa dipercayai akibat terkena tembakan.

Sumber : KMN

Share.

Leave A Reply