Seorang lelaki meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital selepas motosikal berkuasa tinggi ditungganginya bertembung dengan pacuan empat roda di kilometer 5, Jalan Lipis Merapoh, jam 11.40 pagi hari kelmarin.

Mekanik Azman Zakaria, 43, yang menunggang motosikal BMW R1200 RT meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Lipis di sini.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, siasatan mendapati, kemalangan berlaku apabila motosikal ditunggangi mangsa bertembung dengan pacuan empat roda Mitsubishi Triton yang dipercayai pecah tayar belakang kanan dan depan kiri.

May be an image of road

“Keadaan itu menyebabkan pacuan empat roda itu hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan motosikal ditunggangi mangsa,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, akibat kemalangan itu, motosikal mangsa terbakar manakala Mitsubishi Triton remuk teruk di bahagian hadapan.

May be an image of 2 people, outdoors and tree

“Penunggang motosikal dikejarkan ke Hospital Lipis untuk rawatan lanjut dan disahkan meninggal dunia jam 1 tengah hari. Pemandu Mitsubishi Triton hanga mengalami kecederaan ringan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

May be an image of 1 person, standing and road

Sumber : HM

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Kereta Rempuh Lori Tangki, Dua Ejen Insurans M4ut

Dua rakan maut selepas kereta dinaiki mereka melanggar sebuah lori tangki sebelum terbalik di persimpangan Lebuh Alor Gajah – Melaka Tengah – Jasin (AMJ) Serkam di sini, awal pagI Khamis.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, mangsa, Badrul Shyam Noor Ibrahim, 31, yang memandu dan rakannya Ezham Hazim Ahyat, 33, meninggal dunia di lokasi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jasin, Asisten Superintendan Mohd. Fadzli Othman berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa yang menaiki kereta jenis Toyota Vios dalam perjalanan dari Melaka ke Muar.

“Hasil siasatan, tanker terbabit dipercayai dalam perjalanan dari arah Serkam menghala ke Jasin dan meneruskan perjalanan apabila lampu isyarat bertukar hijau.

“Semasa melepasi persimpangan empat di lampu isyarat tersebit, tiba-tiba kereta dipandu mangsa melanggar bahagian sisi sebelah kiri lori tangki tersebut dan terbalik di tengah jalan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini.

Ujarnya, akibat kemalangan itu, kedua-dua mangsa yang bekerja sebagai ejen insurans mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa yang masing-masing beralamat di Taman Kota Masai dan Taman Daya, Johor telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Jasin untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sumber : KMN

Share.

Leave A Reply