Seorang penunggang maut selepas motosikal ditungganginya hilang kawalan dan terbabas di simpang masuk ke susur Restoran Jejantas Sungai Buloh, Lebuhraya Utara-Selatan, di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, ketika tiba di lokasi, mangsa hilang kawalan lalu merempuh besi pembahagi jalan sekitar jam 6.35 pagi.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku di Kilometer (KM) 458 Lebuhraya Utara-Selatan menghala selatan melibatkan seorang lelaki tempatan yang menunggang motosikal jenis Honda RS150.

“Mangsa berusia 38 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, siasatan lanjut di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

“Bagi saksi yang melihat atau berada di tempat kejadian dimohon tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Navalan Ravindran di talian 0142536820,” ujar beliau.

Sumber : SH

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

500 Tong Gas Bertebaran, Treler Terbalik Di Jempol

JEMPOL: Sebuah treler yang membawa muatan lebih 500 tong gas kosong terbalik dalam kejadian kemalangan di Kilometer 17, Jalan Bahau – Rompin, di sini kira-kira pukul 12.25 kelmarin, Isnin.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook, siasatan awal mendapati, pemandu treler seorang diri membawa muatan tong gas kosong dalam perjalanan dari Bahau di sini menghala ke depoh Melaka untuk pengambilan gas.

Menurutnya, sebaik tiba di selekoh lokasi kejadian, pemandu dipercayai gagal mengawal kenderaannya sehingga memasuki laluan bertentangan dan terus melanggar tebing jalan lalu terbalik dan melintang di tengah jalan.

“Dalam kejadian itu juga semua muatan tong gas yang kosong telah bertaburan di atas jalan dan pemandu telah tersepit di bahagian hadapan kenderaannya.

“Mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba yang tiba di lokasi dan telah dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar Chang Hook lagi, mangsa berusia 45 tahun, dipercayai mengalami kecederaan patah tangan kanan dan kaki kanan.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.-UTUSAN.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply