Seorang Lelaki Maut Dihempap Pokok Sawit Ketika Menunggang Motosikal.

| November 24, 2020 | 0 Comments

Seorang Lelaki Maut Dihempap Pokok Sawit Ketika Menunggang Motosikal. | Manjung: Lelaki warga emas maut selepas dihempap pokok sawit ketika menunggang motosikal di Kampung Bakar Bata, Ayer Tawar, di sini, hari ini.

Mangsa, Mohd Saleh Mat Ali, 69, maut di lokasi kejadian.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, anggota di Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Tawar menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 7.25 pagi.

Menurutnya, susulan itu sepasukan anggota bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi untuk tindakan lanjut.

“Setibanya anggota di lokasi mendapati sebatang pokok sawit yang tumbang menghempap mangsa.

“Mangsa tersepit antara pokok dan motosikalnya dan dia cedera di bahagian pinggang sebelum pegawai perubatan yang hadir di lokasi mengesahkan lelaki itu meninggal dunia,” katanya.

Katanya, anggota bomba mengambil tindakan memotong pokok kepada potongan lebih kecil dan memindahkannya ke lokasi lebih selamat.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi yang diketuai Mohd Sukairi Abd Latif itu tamat sepenuhnya pada 8.41 pagi,” katanya.

Sumber : Metro

Tags: , , , , , , , ,

Category: INFORMASI, KELUARGA, KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *