Seorang Lelaki Maut Kereta Dinaiki Bertembung Kereta Lain

| April 27, 2021 | 0 Comments

Seorang Lelaki Maut Kereta Dinaiki Bertembung Kereta Lain | Malang tidak berbau apabila kereta yang dinaiki pasangan suami isteri bertembung dengan sebuah kereta lain yang memasuki laluan bertentangan sehingga menyebabkan si suami meninggal dunia di tempat kejadian.

Seorang Lelaki Maut Kereta Dinaiki Bertembung Kereta Lain

Batu Pahat: Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandu bertembung dengan sebuah kereta yang lain di Kilometer 110 Jalan Johor Bahru-Melaka, berdekatan Kampung Koris, dekat sini,semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, dalam kejadian pada 3.30 petang itu, mangsa Mohd Nor Hakkim Shariff, 27, yang memandu Perodua Viva dari arah bandar Batu Pahat menghala ke pekan Senggarang.

Menurutnya, Siasatan awal mendapati pemandu kereta Perodua Axia yang dipandu oleh seorang wanita berusia 30-an dipercayai secara tiba-tiba memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta mangsa.

Tambahnya, akibat dari kemalangan tersebut, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian kerana parah di anggota badan manakala isterinya Fatin Nur Suhadah Suryani,24, mengalami kecederaan ringan.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.32 petang berhubung kemalangan membabitkan kereta Perodua Viva dan Axia.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian didapati orang awam telah mengeluarkan dua mangsa di dalam kereta Perodua Viva.

Tambahnya, pemandu Perodua Axia yang cedera dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat oleh orang awam.

Sumber: Metro 

Tags: , , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *