Seorang Lelaki Maut Kereta Dinaiki Dihempap Pokok

| April 26, 2021 | 0 Comments

Seorang Lelaki Maut Kereta Dinaiki Dihempap Pokok | Malang tidak berbau apabila niat seorang lelaki yang ingin pergi bekerja pada pagi ini bertukar tragedi selepas kereta yang dinaikinya dihempap sebatang pokok hingga meninggal dunia.

Seorang Lelaki Maut Kereta Dinaiki Dihempap Pokok

Georgetown: Seorang pekerja membaik pulih kenderaan maut akibat dihempap pokok dalam satu kejadian di Jalan Perak, Jelutong, pagi ini.

Mangsa dikenal pasti sebagai Yong Geeng Huei, 53, dari Taman Seri Angsana, Bayan Lepas meninggal di dunia di tempat kejadian.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak Aazelan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 9.38 pagi.

Pihaknya berdepan dengan kesukaran untuk tiba ke lokasi kejadian berikutan keadaan jalan yang sesak walaupun ia hanya terletak kurang dua kilometer dari balai bomba.

Beliau berkata, ketika tiba di lokasi didapati pokok dengan ukur lilit kira-kira dua meter tumbang merentangi jalan raya dan menghempap proton wira. Mangsa yang dihempap pokok itu ditemui tersepit di tempat duduk pemandu.

Menurut A’azelan lagi, pihaknya mengambil masa selama 2 jam untuk memotong pokok dan mengeluarkan mayat mangsa. Kerja-kerja menyelamat turut dibantu Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) terdekat.

Tambahnya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk urusan bedah siasat.

Sementara itu abang kepada mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Yong,55, ketika kejadian adiknya mahu ke tempat kerja.

Katanya, adiknya itu bekerja sebagai pembaik pulih kenderaan di situ dan dia tidak menyangka adiknya terlibat dalam kemalangan itu.

Operasi menyelamat ditamatkan pada jam 11.15 pagi.

Sumber: Metro

 

Tags: , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *