Seorang Lelaki Maut Motosikal Dilanggar Kereta

| January 26, 2021 | 0 Comments

Seorang Lelaki Maut Motosikal Dilanggar Kereta | Seberang Perai – Seorang lelaki terbunuh selepas motosikal ditungganginya terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Kampung Benggali, Butterworth di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, mangsa, R. Ravee, 61, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kemalangan berlaku selepas sebuah kereta jenis Proton Persona melanggar motosikal mangsa jenis Honda EX5 di satu persimpangan.

“Motosikal itu dikatakan keluar dari simpang di Lorong Lebuh Kampung Benggali hendak ke kanan jalan.

“Ketika kereta datang dari arah kanan, ia tidak sempat mengelak motosikal sebelum melanggar mangsa,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurutnya, akibat kejadian itu, mangsa maut di tempat kejadian, manakala pemandu lelaki berusia 31 tahun tidak cedera.

“Mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah pada kepala selepas bedah siasat dijalankan di Hospital Seberang Jaya,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : Kosmo

Tags: , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *