Seorang Lelaki Maut Tercampak Keluar Dari Kereta Dlm Kemalangan.

| December 15, 2020 | 0 Comments

Seorang Lelaki Maut Tercampak Keluar Dari Kereta Dlm Kemalangan. | NILAI – Seorang lelaki maut apabila kereta dipandunya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 277 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara kira-kira jam 12.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, mangsa, S Punginisvaran, 33, yang memandu kereta jenis Proton Iswara dari arah Seremban menghala ke Nilai dipercayai hilang kawalan sebaik tiba di lokasi kejadian.

“Kenderaannya terbabas melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik ke kiri jalan di laluan kecemasan.

“Mangsa dipercayai tercampak keluar lebih kurang 20 meter dari lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, mangsa disahkan maut di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban bagi tujuan bedah siasat dan siasatan lanjut masih diteruskan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan ( APJ )1987,” katanya.

Sumber : SH

Tags: , , , , , ,

Category: INFORMASI, KELUARGA, KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *