Seorang Lelaki Meninggal Dunia Digilis MPV

| January 20, 2021 | 0 Comments

Seorang Lelaki Meninggal Dunia Digilis MPV | Marang – Seorang pekerja pembersihan maut selepas motosikal Honda EX5 dinaiki dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza di Kampung Kijing di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 8.05 pagi itu, Muhammad Hairi Mamat, 38, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan beberapa anggota badan badan.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd. Zain Mat Dris berkata, sewaktu kejadian, Muhammad Hairi yang menunggang motosikal Honda EX5 yang dinaiki dalam perjalanan Bukit Mawi di sini dari Kampung Kijing.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, sebuah kenderaan pelbagai guna, Perodua Alza yang dipandu seorang wanita 28 tahun tiba-tiba keluar dari persimpangan berhampiran sebuah padang bola.

“Ia kemudiannya merempuh sisi kanan motosikal dinaiki mangsa yang kebetulan sedang melalui laluan tersebut,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Zain berkata, impak rempuhan itu menyebabkan mangsa terjatuh dari motosikanya sebelum terperosok ke bahagian bawah kenderaan pelbagai guna berkenaan.

Tambah beliau, tubuh Muhammad Hairi kemudiannya digilis kenderaan pelbagai guna, Perodua Alza yang dipandu wanita tersebut.

Sumber : Kosmo

Tags: , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *