Seorang Lelaki Meronta-Ronta Sebelum Ditemui Mati

| December 13, 2020 | 0 Comments

Seorang Lelaki Meronta-Ronta Sebelum Ditemui Mati | Port Dickson – Seorang lelaki ditemui dalam keadaan tidak sedarkan sebelum disahkan meninggal dunia di sebuah rumah kayu di Jalan Lama di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Aidi Sham Mohamed berkata, pihak polis telah menerima maklumat daripada orang awam pada pukul 11.18 malam yang memaklumkan terdapat seorang lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah rumah kayu.

“Saksi yang berada berdekatan di tempat kejadian memberitahu telah terdengar bunyi bising seperti orang sedang meronta-meronta dan semasa saksi sampai terdapat seorang lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Saksi kemudiannya telah menelefon polis untuk makluman dan telah menghubungi hospital, pasukan perubatan telah mengesahkan lelaki itu meninggal dunia lebih kurang pukul 11.10 malam,” katanya.

Tambah Aidi Sham, hasil siasatan lanjut mendapati lelaki berumur 54 tahun telah bercerai dan mempunyai seorang anak yang kini tinggal bersama dengan bekas isteri.

“Menurut saksi di kuil berdekatan, lelaki yang merupakan seorang penganggur itu, sebelum ini dilihat kerap berada di kawasan rumah tinggal kayu Persatuan Bulan Sabit Merah, namun tidak mengesyaki apa-apa kerana mangsa selalu berseorangan di kawasan tersebut.

“Siasatan awal polis terhadap tubuh mangsa mendapati tiada sebarang unsur atau perlakuan jenayah dan mayat telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Port Dickson untuk bedah siasat,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang beralamat Taman Sri Pertama, Sungai Gadut di sini pernah mempunyai satu rekod jenayah berkaitan Seksyen 160 Kanun Keseksaan iaitu bergaduh dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber : Kosmo

Tags: , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *