Seorang Lelaki OKU Maut Dirempuh Kereta

| February 4, 2021 | 0 Comments

Seorang Lelaki OKU Maut Dirempuh Kereta | Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, mangsa G.Tamilarasan, 17, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah. Baca selanjutnya..

MAUT DITEMPAT KEJADIAN

Alor Gajah – Seorang remaja orang kelainan upaya (OKU) yang juga pengembala kambing maut selepas motosikal ditunggang merempuh sebuah kereta di Simpang Tiga Taman Kejora Tebong, di sini, hari ini.

oku kemalangan

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, mangsa G.Tamilarasan, 17, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dalam perjalanan dari arah Tebong menghala ke Tampin.

“Setiba di tempat kejadian, sebuah kereta jenis Perodua Kembara dipandu seorang lelaki berusia 46 tahun tiba-tiba keluar membelok ke arah Tebong, menyebabkan mangsa gagal mengelak kenderaan itu dan merempuhnya.

“Akibat kemalangan itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala, manakala pemandu Kembara tidak mengalami kecederaan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dalam kejadian berasingan, seorang pemandu lori maut selepas kenderaan berat yang dipandu terbabas sendiri di Lebuh Raya Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) Paya Datuk, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, mangsa, Mohd. Hizat Md. Radzi, 45, meninggal dunia di tempat kejadian.

Arshad berkata, ketika kejadian mangsa yang beralamat Gurun, Kedah dalam perjalanan ke Kilang Honda, Pegoh namun tiba-tiba kenderaan dipandu hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan lalu melanggar besi penghadang.

Katanya, mayat kedua-dua mangsa kemalangan itu telah dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : Kosmo

Tags: , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *