PORT DICKSON: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) maut selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar tiang elektrik sejurus terbabas di kawasan PD Marina, di sini pagi kelmarin.
Mayat Fandi Aziz, 43, yang kudung kaki kanan itu ditemui orang awam yang lalu di kawasan itu kira-kira jam 10 pagi.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Muhamad Mustafah Hussin berkata, pihaknya mendapat maklumat awal kejadian itu pada jam 10.05 pagi.
Katanya, Fandi difahamkan bekerja sebagai penjaga pantai di Teluk Kemang.
“Mangsa yang menunggang motosikal jenis SYM Bonus berwarna merah terbabas sendiri di jalan dalam PD Marina dan maut di tempat kejadian.
“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku pada awal pagi ketika mangsa dipercayai dari arah Jalan Pantai menghala ke jalan PD Marina,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Muhamad Mustafah berkata siasatan awal mendapati sebaik sampai di Jalan Kemang 13, mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar tiang elektrik di kiri bahu jalan.
“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan sudah meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Hospital Port Dickson yang tiba pada jam 11.15 pagi.
“Kemalangan di siasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.
Sumber : BH
ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA
[VIDEO] Remaja Lelaki M4ut, Motosikal RXZ Rempuh Kereta Arah Bertentangan
GEORGE TOWN – Malang nasib seorang remaja lelaki apabila motosikal jenis Yamaha RXZ yang ditunggangnya merempuh sebuah kereta dari arah bertentangan di persimpangan lampu isyarat di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu di sini awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 pagi itu, mangsa, Muhammad Akid Mat Rozi, 18, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah pada kepala dan badan.
Ketika kejadian, mangsa yang berasal dari Balik Pulau dikatakan sedang menunggang motosikal dari arah Batu Maung ke pusat bandar manakala kereta jenis Proton.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, akibat kejadian itu, pemandu kereta berusia 18 tahun mengalami kecederaan luka pada tangan kiri.
“Penunggang motosikal terbabit disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Ambulans Bulan Sabit Merah.
“Siasatan di tempat kemalangan mendapati kejadian berlaku ketika hujan renyai. Polis juga sedang mengesan seorang lagi penunggang motosikal bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beritahu beliau lagi, bedah siasat ke atas mayat mangsa akan dijalankan di Hospital Balik Pulau.
Terdahulu, tular video berdurasi sembilan saat mempaparkan kejadian kemalangan membabitkan sebuah motosikal Yamaha RXZ yang dipercayai melanggar lampu merah dan merempuh sebuah Proton Persona yang sedang membelok ke arah kanan.
Sumber : KMN