Seorang Lelaki Terperangkap Dalam Longkang 30 Minit.

| July 11, 2021 | 0 Comments

Seorang Lelaki Terperangkap Dalam Longkang 30 Minit. | TANJUNG MALIM: Seorang penunggang motosikal terperangkap hampir 30 minit di dalam longkang sedalam tiga meter dekat Jalan Proton City, Bandar Proton City di sini hari ini.

Mangsa berusia 38 tahun itu terjatuh ke dalam longkang setelah motosikal yang ditunggangnya terbabas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim, Mohd. Zairul Fahmi Mohd. Nazari berkata, maklumat kejadian itu diterima pihaknya pada pukul 7.06 petang.

Katanya, setibanya anggota di lokasi, didapati terdapat sebuah motosikal bersama seorang lelaki berada di dalam longkang berkenaan.

“Operasi menyelamatkan lelaki terbabit segera dijalankan dengan dua anggota terpaksa turun ke dalam longkang yang sempit bagi mengangkat mangsa keluar.

“Mangsa yang dalam keadaan lemah dan cedera itu diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada pukul 7.30 petang,” katanya.

Sumber : UM

Tags: , , , , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *