Seorang Lelaki Warga Emas Maut Dirempuh Lori

| December 15, 2020 | 0 Comments

Seorang Lelaki Warga Emas Maut Dirempuh Lori | Kuala Krai – Seorang warga emas maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah lori di Kilometer 61.5, Jalan Kota Bharu – Gua Musang berhampiran sebuah kilang di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu menyebabkan Mohd. Din Abdullah,72, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohamed berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang bekerja di sebuah kilang menunggang motosikal jenis Honda EX5 di kawasan tersebut ketika itu.

Katanya, mangsa dipercayai keluar dari kawasan persimpangan secara tiba-tiba.

“Sewaktu kejadian, sebuah lori dipandu seorang lelaki berusia 31 tahun yang sedang dalam perjalanan dari arah Kota Bharu menghala ke Kuala Lumpur tidak sempat mengelak motosikal mangsa.

“Insiden itu menyebabkan lori tersebut merempuh motosikal itu sehingga mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Suzaimi, siasatan juga mendapati kemalangan itu berpunca daripada kecuaian mangsa.

Tambahnya, polis turut menolak dakwaan warganet yang mengatakan kemalangan tersebut merupakan kes langgar lari.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : Kosmo

Tags: , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *