Seorang Maut Dan Bayi Usia Sebulan Cedera Tercampak Keluar Dari Kereta.

| December 23, 2020 | 0 Comments

Seorang Maut Dan Bayi Usia Sebulan Cedera Tercampak Keluar Dari Kereta. | Kajang: Seorang maut manakala empat termasuk bayi berusia sebulan cedera apabila kereta dinaiki lima sekeluarga itu terbabas sebelum terbalik dalam kejadian di Kilometer 11.8 Lebuhraya Grand Saga di sini, semalam.

Dalam kejadian pada jam 10.45 malam itu, mangsa yang maut adalah penumpang bahagian hadapan dikenali sebagai Khoo Suat Teng, 36.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkusaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta jenis Toyota Vios dinaiki keluarga terbabit brek mengejut sebelum berpusing dan terbalik.

“Kejadian itu menyebabkan penumpang hadapan bersama bayinya tercampak keluar.

“Manakala tiga yang lain mengalami cedera ringan dan dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) untuk menerima rawatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Azman berkata, mangsa yang terselamat mendakwa dirempuh dari belakang oleh kenderaan tidak dikenalpasti menyebabkan dia brek mengejut.

“Bagaimanapun pemeriksaan polis mendapati tidak terdapat kesan rempuhan di bahagian belakang kereta.

“Kereta berkenaan ditahan di Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk pemeriksaan Puspakom. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sumber : Metro

Tags: , , , , , ,

Category: DUNIA, INFORMASI, KELUARGA, KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *