Seorang Maut Dan Seorang Parah Kereta Terbabas Rempuh Pokok | Kereta dinaiki oleh dua beradik terbabas hingga mengakibatkan seorang meninggal dunia manakala seorang lagi cedera parah. Baca selanjutnya..

KERETA LANGGAR POKOK

Tanah Merah – Seorang lelaki maut manakala kakaknya cedera parah selepas kereta yang dinaiki mereka merempuh sebatang pokok di Kilometer 4, Kampung Seberang Kepat dekat Kusial Baru di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 10 pagi itu, mangsa, Wan Muhammad Syahrul Hafizan Wan Ab. Ghani, 20, disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Tanah Merah selepas mengalami kecederaan parah pada beberapa bahagian anggota badan.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku ketika kereta jenis Proton Wira dinaiki dua beradik itu sedang dalam perjalanan dari arah Kampung Kulim menghala ke Tanah Merah.

Katanya, apabila tiba di lokasi kejadian, mangsa gagal mengawal kereta yang dipandunya sebelum terbabas merempuh sebatang pokok yang berada di bahu kiri jalan.

“Insiden itu menyebabkan kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah dan dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk rawatan lanjut.

“Bagaimanapun, Wan Muhammad Syahrul Hafizan disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba di hospital itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Mohd. Zamri, kakak mangsa, Wan Nursyahira, 21, yang mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dilaporkan belum sedarkan diri dan masih dirawat di hospital berkenaan.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply