Seorang mekanik jentera berat maut, apabila jengkaut yang dipandunya tergelincir dan terbalik dalam kawasan Ladang FGV 1 di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pada jam 3 petang itu, mangsa Raja Aznanazran Raja Azhar, 19, maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin, berkata siasatan awal mendapati mangsa sedang menguji jengkaut berkenaan.

Beliau berkata, jengkaut berantai yang tidak mempunyai nombor pendaftaran itu dikatakan baru siap dibaiki dan mangsa menguji dalam kawasan ladang terbabit

“Ketika mangsa yang tinggal di Jalan Besar Kampung Saujana Setiu, Bandar Permaisuri menguji jengkaut itu tiba-tiba tergelincir lalu terbalik.

“Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Afandi berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk tindakan lanjutnya.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Sumber : BH

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Lori Kontena Terbalik Tengah Jalan, Lebuhraya Sesak Hampir Dua Jam

Aliran trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) semakin memburuk setelah sebuah lori kontena terbalik di Kilometer (KM) 74.3 menyebabkan kesesakan hampir dua jam.

Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) menerusi Twitter rasminya berkata, lori terbabit telah menutupi laluan kecemasan, manakala kenderaan dilihat bergerak perlahan.

Katanya, lorong kanan di KM 74.3 (Karak-Bentong) ditutup sementara bagi kerja-kerja pembersihan tumpahan diesel di lokasi.

May be an image of road

“Pengguna disarankan menggunakan laluan susur yang telah ditetapkan.

“Sila pandu dengan berhemah dan patuhi arahan petugas di lokasi,” tegasnya.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, seorang pengguna berkongsi keadaan semasa di Lebuh Raya KLK apabila dia turut terperangkap dalam kesesakan yang berlaku.

May be an image of outdoors

“Kebas kaki pandu kereta manual, siapa nak ke Bentong dan arah sama, sila guna jalan alternatif lain untuk elak anda menyesal kemudiaanya,” kongsi Azmirul.

Sumber  : KMN

Share.

Leave A Reply