Seorang operator kilang maut selepas tercampak dan digilis sebuah lori dalam nahas di Kilometer 183 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara) di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam itu, mangsa, Muhammad Nur Aliffi Mulyani, 27, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, sebelum kejadian terdapat sebuah lori jenis Hino dari arah sama telah berhenti di bahu jalan kerana mengalami kerosakan.

Katanya, setiba di lokasi, mangsa yang ketika itu menunggang di lorong kiri bagaimanapun tidak menyedari lori tersebut lalu melanggar kenderaan berat terbabit.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y16ZR telah tercampak di tengah jalan di lorong kiri.

“Pada masa sama, datang pula sebuah lori lain jenis Daihatsu Delta yang tidak sempat membrek lalu menggilis mangsa sejauh lima meter,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sin, hari ini.

Katanya, akibat pelanggaran itu mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan dan mayat dihantar ke Hospital Jasin untuk proses bedah siasat

Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : Kosmo

 

 

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Lelaki M4ut Tergelincir & Terjatuh Gaung Sedalam 20 Meter Di Genting Highlands

KUANTAN: Seorang lelaki maut dipercayai akibat tergelincir sebelum, terjatuh ke dalam gaung sedalam lebih 20 meter di KM 1 jalan naik ke Genting Highlands, Bentong hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands, Mohd Saufi Zakaria, berkata lelaki berusia lingkungan 60-an itu dikatakan sedang melakukan pemantauan di lereng bukit bagi kerja pemasangan paip, sebelum tergelincir.

Beliau berkata, lapan anggota dan pegawai bergegas ke tempat kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian berkenaan pada jam 2.53 petang.

“Bomba menjumpai lelaki itu kira-kira 3.30 petang, sebelum menjalankan operasi menaikan mayat itu menggunakan tali dan alat pengusung yang mengambil masa lebih sejam,” katanya ketika dihubungi di sini.

Katanya, mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi selesai jam 5 petang.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply