Seorang pekerja kuari di Simpang Pulai di sini, maut dalam jengkaut dikendalikannya, dipercayai akibat dihempap batu seberat 10 tan, tengah hari kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, berkata maklumat kejadian diterima daripada orang awam jam 4 petang tadi.

Katanya, kemalangan membabitkan sebuah jengkaut dikendalikan lelaki berusia 48 tahun berasal dari Gerik itu yang dihempap sebuah batu besar seberat 10 tan yang jatuh dari ketinggian kira-kira 25 meter.

Beliau berkata, kejadian antara jam 12 hingga 1 tengah hari itu dipercayai berlaku ketika mangsa menjalankan kerja pembersihan batu dalam kawasan kuari.

“Mangsa didapati tersepit dalam kokpit jentera berat itu sebelum dibawa keluar oleh pasukan bomba kira-kira jam 6.45 petang tadi.

“Kematian mangsa disahkan oleh petugas ambulans dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB),” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan mayat dihantar ke Jabatan Forensik untuk bedah siasat.

Sumber : BH

 

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Pekerja Kilang 20 Tahun Meningg4l Dunia Dihempap Forklift

KLANG – Seorang pekerja kilang pemprosesan kertas maut dihempap forklift dalam kejadian di Pulau Indah, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 2 pagi, ketika mangsa merupakan lelaki warga Pakistan berusia 20 tahun membuat pusingan U ketika memandu jentera berat itu.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Selangor dalam kenyataannya memaklumkan, berdasarkan siasatan mendapati mangsa telah memandu forklift secara mengundur dengan laju dan fork dinaikkan pada aras tertinggi.

“Mangsa kemudiannya telah membuat pusingan U secara mengejut dan menyebabkan forklift tersebut terbalik sebelum menghempap badan mangsa.

“Susulan itu, mangsa maut di lokasi kejadian dengan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan dan pihak yang bertanggungjawab ke atas kemalangan tersebut,” katanya hari ini.

Tambah kenyataan itu, JKKP telah mengeluarkan notis pembaikan untuk membuat perancangan berkenaan dengan pemeriksaan secara berkala di kawasan tempat kerja kepada majikan.

Jelas JKKP Selangor, tindakan perundangan akan dikenakan kepada
pihak yang bertanggungjawab sekiranya didapati terdapat pelanggaran di bawah peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

“JKKP memandang serius setiap kemalangan melibatkan pekerja mahupun orang awam. Majikan mempunyai kawalan penuh ke atas sebarang aktiviti di tempat kerja,” ujarnya.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply