Seorang Pekerja Maut Dalam Kejadian Runtuhan Perancah LRT 3

| July 29, 2021 | 0 Comments

Seorang Pekerja Maut Dalam Kejadian Runtuhan Perancah LRT 3 | Susulan kejadian runtuhan perancah pembinaan laluan Transit Aliran Ringan (LRT) mengorbankan seorang pekerja. Baca selanjutnya..

PEKERJA MAUT TERTIMBUS

Klang – Seorang pekerja warga Bangladesh meninggal dunia selepas tertimbus dalam runtuhan perancah pembinaan laluan Transit Aliran Ringan (LRT) 3 runtuh di Jalan Langat, Bandar Bukit Tinggi hari ini.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, mangsa berjaya dibawa keluar pukul 4.20 petang oleh pihaknya.

Katanya, dalam kejadian tersebut seramai tiga warga Bangladesh dan seorang warga Indonesia dilaporkan cedera.

“Secara keseluruhan terdapat lima mangsa dengan seorang daripadanya meninggal dunia dengan mereka berusia 30 an,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi.

Terdahulu media melaporkan dua pekerja warga asing cedera, manakala seorang lagi masih tertimbus dalam runtuhan perancah pembinaan laluan LRT 3 di Jalan Langat, Bandar Bukit Tinggi dalam kejadian dikatakan pukul 2.15 petang.

Sumber : Kosmo

Tags: , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *