Seorang Pelajar Kolej Maut Terlibat Dalam Kemalangan NGERI. | REMBAU: Seorang pelajar kolej maut selepas terlibat dalam nahas dua buah kenderaan di Kilometer 16 Jalan Seremban-Tampin, di sini, tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu, mangsa, Arref Muzakir Mohamad Shawal, 21, disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Hazri Mohamad berkata, kemalangan berkenaan melibatkan kenderaan jenis Perodua Axia yang dipandu mangsa dari arah Tampin dan kenderaan jenis Nissan Frontier dipandu seorang lelaki berusia 49 tahun.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa mangsa yang merupakan pelajar praktikal dalam perjalanan dari rumahnya di Segamat, Johor ke kolejnya di Klang, Selangor.

“Setibanya di tempat kejadian berbentuk selekoh, kenderaan mangsa dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kenderaan Nissan Frontier,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hazri berkata, pemandu sebuah lagi kenderaan dibawa ke hospital susulan kecederaan di bahagian kepala.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Rembau untuk proses bedah siasat,” katanya yang memberitahu kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber : UM

Share.

Leave A Reply