Seorang Pelajar Lumpuh Slps Ditendang Di Kepala Oleh Rakan. | SHAH ALAM – Hati seorang ibu luluh selepas menerima berita anaknya ditendang di kepala hanya kerana menegur rakannya menyebar video lucah dalam kumpulan WhatsApp sekolah.

Lumpuh

Kisah tragis itu dikongsikan oleh ibu mangsa menerusi akaun Facebook milik anaknya memberitahu keadaan itu menyebabkan anaknya lumpuh dan tidak dapat menggerakkan badan akibat tendangan terbabit.

KERANA TEGUR KAWAN KELAS

Ibu malang itu berkata, pihaknya menerima panggilan daripada warden asrama dan mendapat tahu kejadian bermula apabila anaknya yang merupakan ketua kelas menegur kawan sekelas lain yang menyebarkan video lucah dalam kumpulan WhatsApp sekolah.

Dakwanya, keadaan itu menyebabkan rakan terbabit tidak berpuas hati lalu dibalas dengan tendangan kuat di kepala secara tiba-tiba.

“Ketika dimaklumkan dia dikejarkan ke hospital oleh ambulans, hanya ALLAH saja yang tahu isi hati seorang ibu,” katanya yang turut memberitahu bahawa anaknya tidak sukakan kekerasan dan keganasan.

Sehubungan itu katanya, satu laporan polis telah pun dibuat berhubung kejadian.

LUMPUH GARA-GARA DITENDANG DI KEPALA

Setakat ini, dia memaklumkan anaknya sudah boleh menggerakkan tangan dan kaki, namun ujian pengimejan resonans magnetik (MRI) perlu dilakukan untuk mengesan kecederaan dalaman.

Tambah pengguna Facebook itu, ia adalah takdir ALLAH yang amat berat untuk seorang ibu apabila orang lain sanggup bertindak sedemikian kepada anaknya.

“Doktor mengatakan jika tendangan itu kena bahagian bawah sedikit, maka gelaplah dunia mama,” ujarnya.

Dalam masa sama, dia turut meminta supaya semua pihak mendoakan kesembuhan anaknya dan dijauhi daripada segala mudarat.

Sumber : SH

 

 

ARTIKEL LAIN UNTUK DIBACA

Pasangan Suami Isteri Jual Roti Nan Melecur Gara-Gara Disimbah Asid | SELAYANG – Sepasang suami isteri berhadapan detik ngeri apabila seorang individu tidak dikenali secara tiba-tiba mencurahkan asid semasa mereka baru memasuki lif di Pangsapuri Laksamana Jaya, dekat sini.

disimbah asid

Dipercayai Kerana Unsur Dengki

Kejadian tersebut berjaya dirakam oleh televisyen litar tertutup (CCTV) yang dipasang di bangunan pangsapuri tersebut.

Kes tersebut menjadi tular apabila seorang pemilik akaun Facebook bernama Khairy Adli telah memuat naik video kejadian dan gambar mangsa di hospital di dalam group ‘Gombak Food Delivery’.

Katanya, mangsa adalah keluarga sahabatnya dan pasangan suami isteri itu bekerja sebagai peniaga roti nan.

Menurutnya, perbuatan khianat itu dilakukan kerana unsur dengki dan mendakwa kedai mangsa habis dibakar 100 peratus, seminggu sebelum kejadian curah asid itu.

“Kemudian semalam (Rabu) mangsa disimbah asid. Mata dan badan melecur.

“Mohon sesiapa kenal yang buat macam ini beri maklumat. Mangsa pemilik kedai makan Nan Corner yang menjual roti nan di Selayang.

Bakar Kedai Dan Simbah Asid

“Memang tidak selamat hendak berniaga di kawasan itu. Orang dengki banyak,” lontarnya di dalam media sosial Facebook.

Khairy turut meminta agar orang ramai memanjangkan lagi mesej yang dikongsikannya dalam platform tersebut.

Katanya, dia pernah makan di kedai keluarga kawannya itu dan makanan memang sedap serta ramai orang miliknya berhubung kejadian simbah asid di Selayang, Selangor pada Rabu.

“The one and only best roti nan di Selayang. Bukan sekali dua benda-benda macam ini terjadi kepada mangsa, tapi mangsa bangun dan terus berniaga.

“Tak sangka dah sampai main bakar kedai dan simbah asid. Harap polis cepat buat kerja. Selayang is a hot spot for crime,” ujarnya.

Sementara itu, Sinar Harian cuba mendapatkan maklumat berhubung kebakaran kedai roti nan yang didakwa itu daripada pihak Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor.

Pihak JBPM bagaimanapun menyatakan tiada menerima panggilan melibatkan kebakaran tersebut.

Sinar Harian masih menunggu maklum balas daripada pihak polis berhubung insiden itu.

Sumber : SH

Share.

Leave A Reply