Seorang Pelajar Sekolah Maut Rempuh Kereta | KUALA PILAH – Seorang pelajar maut selepas terbabit dalam nahas dua buah kenderaan di kilometer 24, Jalan Seremban – Kuala Pilah, dekat Jalan Kampung Gedang Terachi, di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian berkenaan, mangsa, Shah Iskandar Nor Haszemi, 17, yang beralamat di Kampung Sawah Liat, Tanjong Ipoh, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan paramedik.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, siasatan awal mendapati penunggang dalam perjalanan dari Sekolah Menengah Dato Abdul Samad untuk pulang ke rumah di Kampung Sawah Liat.

Menurutnya, sebaik sampai di tempat kejadian, sebuah kenderaan dari arah Kuala Pilah menghala ke arah Seremban sedang membelok ke kanan untuk masuk ke simpang Kampung Gedang dan tiba-tiba mangsa datang dari arah belakang terus melanggar bahagian pintu hadapan sebelah kanan pemandu.

“Akibat daripada kemalangan tersebut penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat mangsa di hantar ke Forensik Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) untuk proses bedah siasat

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply