BALIK PULAU – Kemalangan membabitkan enam buah kenderaan di Jalan Balik Pulau di sini pagi tadi dipercayai berpunca apabila salah seorang pemandu kereta wanita mengalami sakit dada sehingga hilang kawalan lalu memasuki ke laluan bertentangan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, kejadian kemalangan membabitkan tiga buah kereta dan tiga motosikal itu dilaporkan berlaku kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Menurutnya, siasatan mendapati, insiden berlaku apabila pemandu wanita berusia 59 tahun dari arah pekan Balik Pulau telah memasuki ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah kereta dari Simpang Empat.

“Tiga buah motosikal tidak sempat mengelak dan salah sebuah motosikal terbabit telah terbabas dan melanggar sebuah lagi kereta yang diletakkan di kawasan parkir kedai makan tom yam.

“Dalam kejadian tersebut, dua orang cedera parah, dua berada di zon kuning, dua berada di zon hijau dan seorang lagi tidak mengalami kecederaan. Kesemua mereka sedang dirawat di Unit Kecemasan Hospital Balik Pulau,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau memberitahu, siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, tular video di lokasi kejadian kemalangan yang turut memaparkan seorang wanita sedang mengalami sakit dada manakala seorang mangsa lelaki dalam keadaan terbaring di dalam parit tepi jalan berkenaan.

Sumber : Kosmo

 

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Penunggang M4ut Slps Motosikal ‘Terbang’ Atas Bonet Kereta Akibat Ribut |

GEORGE TOWN – Pengguna kenderaan di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu di sini mendakwa ternampak motosikal jenis Yamaha Y15 seperti terbang sebelum terjatuh atas bonet kereta jenis Mercedes-Benz dalam kejadian ribut semalam.

Kejadian pada pukul 1.30 pagi itu menyebabkan sebatang pokok tumbang dan menghalang laluan menuju ke Jambatan Pulau Pinang dan Bayan Baru.

Penunggang motosikal, Muhammad Wafiq Zikry Mohd. Farid Amirol Shah, 18, meninggal dunia di lokasi tersebut.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Fadzil Mohamad berkata, setibanya di lokasi kejadian, pihak­nya dimaklumkan berlaku kejadian puting beliung.

“Mengikut keterangan saksi, pokok tersebut tumbang semasa penunggang motosikal dan pemandu kereta melalui jalan tersebut. Kejadian itu berlaku serentak.

“Kebetulan ada kenderaan melalui jalan tersebut. Sebuah motosikal diterbangkan angin kuat sebelum terjatuh ke atas bonet kereta Mercedes-Benz.

“Pada masa sama, pokok di kiri jalan tumbang dan menghempap motosikal tersebut serta sebuah lagi kereta jenis Perodua Myvi di laluan sama,” katanya di sini semalam.

Fadzil memberitahu, pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati sebuah lagi motosikal jenis LC 135 di bawah pokok berkenaan dan penunggangnya disahkan mati di lokasi kejadian.

“Penunggang motosikal Y15 pula patah paha kiri. Kejadian turut menyebabkan penunggang motosikal Yamaha Avantiz patah kaki manakala pembonceng wanita cedera ringan.

“Kesemua mereka dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP),” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong memberitahu, kejadian itu melibatkan dua buah kereta dan tiga buah motosikal.

“Penunggang motosikal yang berusia 18 tahun disahkan me­ninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala, manakala tiga individu lain pula cedera.

“Enam lagi individu lagi tidak mengalami sebarang kecede­raan,” katanya.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Kosmo

Share.

Leave A Reply