Kajang: Wanita dipercayai pembantu rumah warga asing yang dikatakan dirantai majikannya diselamatkan orang ramai di Taman Tenaga di sini, pada Ahad lalu.

Seorang penduduk di Taman Tenaga yang enggan dikenali berkata, kejadian itu berlaku pada 9 malam ketika dia ke kedai runcit di kawasan perumahan berkenaan.

“Pekerja runcit itu kemudiannya memaklumkan dia terdengar jeritan seorang wanita dari arah kawasan flat berhampiran sebelum saya bergegas ke arah itu.

“Kami kemudiannya ke bunyi jeritan itu yang datang dari arah sebuah rumah di tingkat dua flat berkenaan.

“Memandangkan rumah itu berkunci, kami menghubungi pihak polis untuk membuat pemeriksaan.

“Polis kemudiannya memecah pintu rumah itu dan ditemukan seorang wanita dalam keadaan dirantai dan lesu di dalam bilik air,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan kes berkenaan.

“Dalam kes ini, kami berjaya menyelamatkan seorang wanita warga Indonesia yang bekerja sebagai pembantu rumah yang dirantai oleh sepasang suami isteri tempatan di rumah terbabit.

“Mangsa dirantai di dalam bilik air oleh pasangan berkenaan kerana disyaki mencuri barang kemas,” katanya.

Bagaimanapun, menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan kerana melakukan kurungan yang salah.

Sumber : HM

 

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

R0gol Remaja Perempuan Dalam Kereta, Joki Kereta Didakwa

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja joki kereta didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini, kerana merogol remaja perempuan berusia 18 tahun dalam kereta, 13 Mei lalu.

Bagaimanapun, B Satia, 26, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim, Izralizam Sanusi.

Satia dituduh merogol remaja berkenaan dalam kereta Honda City kelabu di kawasan pusat hiburan, Jalan Tun Razak, Taman Maluri, di sini, jam 5.20 pagi, 13 Mei lalu.

Kesalahan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat jika disabitkan kesalahan.

Berikutan pengakuan tidak bersalah itu, Timbalan Pendakwa Raya, Roslizi Sulaiman, menawarkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tidak boleh mendekati mangsa.

“Berdasarkan keterangan, kejadian rogol adalah secara paksa serta tertuduh dan mangsa tiada apa-apa hubungan,” katanya.

Bagaimanapun, peguam bela Satia, Julie Faralisa Abd Jais, memohon jaminan rendah atas alasan anak guam perlu menanggung ibu serta adik yang masih bersekolah.

“Tertuduh yang juga anak kedua tidak bersalah hingga didapati bersalah. Ibunya sedia menjadi penjamin dan anak guam akan menerima syarat tambahan dikenakan,” katanya.

Hakim kemudian membenarkan jaminan RM9,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan perlu melaporkan di balai polis setiap bulan serta tertuduh tidak boleh mendekati mangsa atau jaminan akan dibatalkan.

Sebutan kes semula ditetapkan 21 Jun ini.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply