Seorang Pemuda Orang Asli M4ut, Motosikal Bertembung Kereta| Seorang pemuda Orang Asli maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta di jalan menghala Felda Lui Selatan di sini pada Ahad.

motosika bertembung kereta

Ketua Polis daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, kejadian pada jam 5.10 petang itu menyebabkan Den Jahoring, 25, yang bekerja di kilang perabot maut di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.

Menurutnya, kejadian membabitkan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR ditunggang mangsa dengan sebuah kereta Perodua Viva dipandu lelaki berusia 38 tahun.

“Siasatan awal mendapati mangsa dari arah rumahnya,Kampung Sungai Sampo menghala ke Seremban, manakala kereta berkenaan menghala ke Felda Lui Selatan.

Mangsa Cuba Potong Kereta Di Depan

“Sebaik sampai di tempat kejadian, dipercayai mangsa yang memotong kenderaan di hadapannya, tidak sempat elak kereta yang datang dari arah bertentangan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Ujarnya, akibat daripada kemalangan tersebut, penunggang motosikal cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu kereta luka di bahagian kepala.

Polis Masih Siasat

“Pemandu sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Jempol dan proses bedah siasat terhadap mayat mangsa akan dilakukan pada Isnin.

“Kes seterusnya disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis daerah Jempol untuk membantu siasatan,” katanya.

Sumber : SH

 

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Pasangan Suami Isteri Warga Emas M4ut Rempuh Belakang Lori

Sepasang suami isteri warga emas maut manakala anak lelaki mereka cedera parah setelah kenderaan pacuan empat roda, Toyota Hilux dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 392.9 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) berhampiran Ajil di sini malam tadi.

pasangan wargaemas

Mangsa Cedera Parah Di Bahagian Kepala

Dalam kejadian pada pukul 9 malam itu, Mohd. Ghani Ismail, 68, yang merupakan pesara kerajaan dan isterinya, Minah Abdullah,69, meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Anak lelaki mereka, Mohd. Hafizie, 32, yang memandu Toyota Hilux itu pula patah kedua-dua belah kakinya.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superitendan Hasmerra Hassan berkata, sewaktu kejadian, tiga beranak tersebut dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Tok Rimau, Pengadang Buluh, Kuala Terengganu.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan Toyota Hilux dinaiki mereka dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas sebelum merempuh belakang sebuah lori treler membawa muatan hampas kelapa sawit.

Anak Mangsa Tersepit Dalam Kereta Remuk

“Impak rempuhan itu menyebabkan pasangan suami isteri warga emas (Mohd. Ghani dan Minah) masing-masing berada di tempat duduk penumpang hadapan dan belakang tersepit di dalam kenderaan yang remuk teruk,” katanya di sini hari ini.

Hasmerra berkata, mayat Mohd. Ghani dan Minah kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu di sini untuk tindakan lanjut.

Sumber : Kosmo

 

BACA JUGA :

[VIDEO] Elak Motosikal Lawan Arus, Seorang Lelaki M4ut Selepas Terhumban Dari Jejambat SUKE

KUALA LUMPUR: Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Ducati Panigale, maut selepas terjatuh dari jejambat Lebuhraya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Ulu Kelang, tengah hari kelmarin.

Dalam kejadian sekitar jam 1.05 tengah hari itu, penunggang motosikal Ducati berusia 60-an dari arah Ampang dalam perjalanan memasuki susur keluar Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Ulu Kelang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, berkata siasatan awal mendapati motosikal berkuasa tinggi ditunggangi mangsa sedang melalui satu laluan berselekoh sebelum secara tiba-tiba didatangi sebuah motosikal dari arah bertentangan dalam keadaan melawan arus .

“Penunggang motosikal Ducati terbabit cuba mengelak lalu melanggar penghadang sebelah kiri jalan dan terhumban dari atas jejambat pada ketinggian lebih kurang 30 meter manakala motosikalnya terseret ke tengah jalan.

“Mayat mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap di belakang pagar Stesen Kawalan SMART Sungai Kelang,” katanya kepada BH hari ini.

Mohd Azam berkata, mangsa cedera parah pada bahagian kaki disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Pada masa ini pihak polis sedang mengesan penunggang sebuah lagi motosikal yang meninggalkan tempat kejadian.

“Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) telah dikenalpasti dan akan diteliti dengan pihak Lebuhraya SUKE dan saksi bebas kejadian sedang dikesan untuk membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata punca kemalangan adalah dari kecuaian penunggang motosikal yang masih belum dikenalpasti yang memandu secara melulu dan menyebabkan kematian.

Saksi bebas kejadian ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, Inspektor Muhamad Yusaiful Muhamad Basir ditalian 01113078348.

Terdahulu tular satu video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 12 saat menunjukkan sebuah motosikal melawan arus dari arah MRR2 naik ke Lebuhraya SUKE.

Sumber : KMN

 

Share.

Leave A Reply