Seorang Penarik Kereta Ditemui Mati Dlm Longkang Selepas Diserang.

| December 23, 2020 | 0 Comments

Seorang Penarik Kereta Ditemui Mati Dlm Longkang Selepas Diserang. | JOHOR BAHRU: Seorang lelaki yang ditemui mati dalam longkang di KM40.1 Lebuhraya Utara Selatan Plus berhampiran Sedenak, Ahad lalu dipercayai diserang oleh sekumpulan individu tidak dikenali.

Mangsa yang merupakan lelaki warga tempatan, 34, difahamkan bekerja sebagai penarik kereta ditemui mati dalam keadaan beberapa tetakan dan kecederaan di bahagian kepala dan anggota badan yang lain.

Menurut Ketua Polis Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Johor, Senior Asisten Komisioner Datuk Md Yusof Ahmad, mayat mangsa ditemui di laluan bertentangan arah selatan.

Sementara itu, seorang lagi rakan mangsa sempat melarikan diri ke tebing lebuh raya berdekatan.

Siasatan awal mendapati mangsa bersama rakannya dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur memandu kenderaan jenis Toyota Vellfire diarah menarik sebuah kereta kerana pemiliknya di Johor Bahru gagal membayar wang ansuran kenderaan tersebut.

Difahamkan kereta yang dipandu mangsa telah terbabas setelah dihimpit dua buah kenderaan lain.

Pelanggaran dikatakan berpunca dari rasa tidak puas hati susulan penarikan kereta terbabit.

Hasil siasatan polis berjaya menahan dua lelaki berumur 26 tahun dan 33 tahun di lokasi kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber : Astro Awani

Tags: , , , , , , , ,

Category: INFORMASI, JENAYAH, KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *