Penganggur ditahan polis selepas disyaki menyebabkan kecederaan dengan menoreh bibir seorang lelaki yang menegurnya kerana menendang kon.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, lelaki warga Myanmar berusia 32 tahun itu ditahan di Jalan Permai di sini, pada 11.15 pagi semalam.

“Kejadian dikatakan berlaku kira-kira 5 petang Jumaat lalu, selepas mangsa mengekori suspek yang dilihat menendang kon di hadapan kedai runcitnya sebelum ini.

“Suspek mendakwa berbuat demikian kerana disuruh oleh orang lain.

“Selepas itu, suspek secara tiba-tiba mengeluarkan senjata tajam seperti pisau lalu melibas ke muka mangsa dan mengenai bibirnya,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mohamad Farouk berkata, susulan kejadian mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Ampang sebelum membuat laporan polis.

Katanya, polis yang menjalankan siasatan kemudian menahan suspek dan merampas sebatang besi diubah suai yang disyaki digunakan dalam kejadian itu.

“Siasatan mendapati punca kejadian disebabkan suspek tidak puas hati selepas pengadu menegurnya kerana menendang kon,” katanya.

Menurutnya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Ampang untuk permohonan reman esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Sumber : HM

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Hanya Kerana Pokok Timun, Seorang Lelaki M4ut Dibelasah.

Hanya kerana mempertahankan pokok timun, seorang lelaki Bangladesh maut dibelasah dalam pergaduhan membabitkan sekumpulan pekerja kilang warga asing di sebuah asrama pekerja di Jalan Mengkibol di sini, Khamis lalu

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Md Noh berkata, mangsa dikenali sebagai Md Rubel Howlader, 31, yang bekerja sebagai operator pengeluaran disahkan meninggal dunia pada jam 1.56 tengah hari semalam, selepas dua hari menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di sini.

Katanya, susulan itu polis merampas sebilah parang dengan hulu berwarna merah sepanjang 0.6 meter dan dua batang paip besi sepanjang 0.9 meter yang dipercayai digunakan dalam pergaduhan itu.

Katanya, kertas siasatan yang pada mulanya dibuka mengikut Seksyen 148/ 326 Kanun Keseksaan kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Tempat kejadian adalah asrama pekerja kilang yang menempatkan dua blok asrama diduduki oleh pekerja Bangladesh, Myanmar dan Nepal.

“Kejadian berlaku di hadapan bilik asrama di blok pertama dan pergaduhan berpunca kerana pokok timun yang ditanam oleh mangsa dirosakkan oleh suspek warga Myanmar.

“Mangsa bersama rakan-rakannya iaitu warga Bangladesh bertanyakan kepada suspek mengenai pokok yang dipotong sebelum berlaku pergaduhan antara mereka.

“Petang hari yang sama, mangsa yang mengalami kecederaan di kepala berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan kritikal dirujuk ke HEBHK,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, sehubungan itu polis menangkap lima lelaki warga Myanmar berusia antara 21 hingga 41 tahun dan lima lelaki warga Bangladesh berusia 30 hingga 40 tahun yang dipercayai terbabit dalam pergaduhan itu.

Menurutnya, semua suspek direman selama seminggu sehingga 2 Februari depan.

Sumber : KMN

 

Share.

Leave A Reply