Seorang Polis Putus Dua Jari Dilanggar Penjenayah

| April 7, 2021 | 0 Comments

Seorang Polis Putus Dua Jari Dilanggar Penjenayah | Malang menimpa seorang anggota polis yang sedang menjalankan tugas dengan membuat rondaan di sekitar lebuhraya  tempat ia bertugas apabila ia dilanggar oleh seorang penunggang motosikal yang juga merupakan seorang penjenayah.

Petaling Jaya: Seorang anggota polis putus dua jari kaki selepas dilanggar oleh sebuah motosikal Lebuhraya Pesekutuan di sini pada petang Rabu.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1.20 petang itu, anggota terbabit menjalankan ‘snapcheck’ bersama Team Ronda Cegah Jenayah Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti di lorong motosikal di lebuhraya berkenaan.

“Seorang penunggang motosikal berusia 49 tahun bertindak melarikan diri dari dan melanggar anggota polis berkenaan ketika pemeriksaan dilakukan terhadapnya.

Mangsa mengalami kecederaan yang parah pada bahagian jari kiri mengakibatkan dua jari kakinya putus. Anggota polis itu  kini sedang mendapatkan rawatan lanjut di sebuah hospital swasta di Shah Alam,”katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, walaubagaimanapun penunggang berkenaan berjaya diberkas oleh anggota lain di lokasi kejadian.

“Pemeriksaan pada suspek menemui dadah jenis heroin bersama sebotol cecair dipercayai air ketum.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah. Semakan rekod lampau juga mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Menurutnya kes disiasat di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,”katanya.

Menurutnya, jika disabitkan kesalahan suspek boleh dipenjara selama seumur hidup atau tidak kurang dari lima tahun atau tidak kurang 10 kali sebatan.

Tambahnya suspek juga disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh serta Seksyen 186 Kanun Keseksaan keran menghalang tugas penjawat awam.

Sumber: Sinar Harian, Metro

Tags: , , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *