KANGAR: Tiga lelaki yang ditahan kerana disyaki menipu seorang suri rumah membabitkan barang kemas bernilai RM19,000 dengan cara memukau di Pasar Besar Perlis, Sena, di sini, semalam direman sehingga Rabu ini.
Perintah reman selama empat hari bermula hari ini dikeluarkan oleh Majistret Siti Nor Hasliza Md Ali selepas ketiga-tiga suspek termasuk seorang warga Indonesia yang berusia 52 hingga 65 tahun itu dibawa ke mahkamah.
Semua suspek disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop mengesahkan penahanan berkenaan bagi membolehkan siasatan dilakukan terhadap mereka.
Dalam kejadian 10 pagi semalam, mangsa berusia 51 tahun didatangi dua lelaki tidak dikenali termasuk seorang adalah warga Indonesia dengan menawarkan pemeriksaan perubatan.
Suspek bertanyakan mengenai kesihatan mangsa dan meminta beliau untuk mengikut mereka ke kawasan berdekatan bagi melakukan pemeriksaan kesihatan seperti ditawarkan.
Kemudian suspek meminta mangsa menyerahkan masing-masing dua utas gelang emas dan cincin serta sepasang subang emas dimana tanpa banyak bersoal, mangsa segera menyerahkan.
Suspek kemudian menukarkan barang berkenaan kepada beberapa duit syiling dan beberapa keping pelapik skru ke dalam sampul surat sebelum diserahkan kepada mangsa.
Selepas urusan berkenaan, suspek segera melarikan diri dengan menaiki kereta PROTON Saga Flex berwarna merah.
Kejadian itu bagaimanapun disedari orang ramai di pasar berkenaan yang bertindak mengejar kereta suspek sehingga ke Taman Intan di Arau sebelum polis peronda dari Unit Rondaan Bermotosikal dari Ibu Pejabat Polis Daerah Arau segera menahan suspek termasuk seorang lagi lelaki yang ditemui dalam kereta itu.
Pemeriksaan terhadap suspek kemudian menemui barang kemas yang disimpan dalam sepucuk sampul surat berwarna coklat dalam papan pemuka kereta itu.
Di dalamnya terdapat masing-masing dua utas gelang dan dua bentuk cincin emas, sepasang subang emas dan sebuah loket emas.
Sumber : BH
ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA
Reka Cerita Dilarikan Orang, Seorang Perempuan Minta RM100,000 Daripada Keluarga
KUALA LUMPUR: Wanita berusia 19 tahun ditahan kerana mendakwa dirinya dilarikan orang dan memeras wang tebusan RM100,000 daripada keluarganya sendiri.
Kejadian bermula ketika suspek keluar bersama keluarganya ke pusat beli-belah Ampang Point di Ampang Jaya, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, memaklumkan pada jam 1.30 tengah hari, bapa suspek yang berusia 44 tahun dan bekerja sebagai perunding arkitek menyedari anaknya itu hilang selepas meminta izin untuk ke tandas.
“Kira-kira jam 3.30 petang, ibu suspek pula menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp dari nombor telefon anaknya itu, meminta RM100,000 konon untuk menyelamatkannya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Polis yang menerima laporan terus menjalankan siasatan sebelum sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya menyerbu sebuah rumah di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor pada jam 10 malam hari sama.
“Dalam serbuan itu, kita menahan anak pengadu (suspek) yang disyaki terbabit dalam kes ini dan merampas telefon bimbit miliknya untuk siasatan,” katanya memaklumkan rumah diserbu itu adalah rumah teman lelaki suspek.
Hasil soal siasat, suspek mengaku mereka-reka cerita dan kejadian dia dilarikan orang itu sebenarnya tidak berlaku.
“Dia juga mengaku menaip sendiri mesej berkaitan wang tebusan RM100,000 berkenaan. Punca kejadian kerana suspek mendakwa dia sering dikongkong oleh ahli keluarga dan tidak mendapat kebebasan.
“Hasil ujian saringan air kencing ke atas suspek yang tidak bekerja itu didapati negatif, dia juga tidak mempunyai rekod jenayah,” katanya menambah wanita itu direman tiga hari untuk siasatan mengikut Seksyen 384 dan Seksyen 182 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan melakukan pemerasan dan memberi maklumat palsu, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
“Kita memberi peringatan tegas ke atas mana-mana individu yang membuat laporan palsu bahwa mereka akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang sedia ada tanpa prejudis,” kata Mohamad Farouk.
Remaja usia 19 ditahan selepas berpura-pura dakwa dilarikan dan memeras keluarga sendiri untuk bayar wang tebusan RM100,000.
Punca adalah disebabkan kerana suspek dakwa seri g dikongkong oleh ahli keluarga dan tidak mendapat kebebasan. pic.twitter.com/RdYRJ57vId
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) June 3, 2023
Sumber : KMN