Seorang wanita kini sedang dicari selepas disyaki melakukan aktiviti mencuri barang jemaah wanita yang sedang solat di Masjid Taman Temerloh Jaya, Temerloh, Pahang pada Sabtu lalu.
Perbuatan wanita itu diketahui melalui video daripada sistem rakaman litar tertutup masjid (CCTV) masjid berkenaan yang turut tular di sosial media, pada Isnin.
Menerusi klip berdurasi satu minit 59 saat itu, wanita tersebut dilihat memakai telekung berwarna biru ketika melakukan kegiatan mencuri di bahagian ruangan solat wanita masjid terbabit.
Semasa kejadian, wanita berkenaan didapati mundar-mandir menyelongkar beberapa beg jemaah bagi mendapatkan barangan antaranya termasuk telefon bimbit ketika jemaah lain sedang menunaikan solat.
Dalam pada itu, difahamkan insiden yang berlaku ketika waktu solat Isyak itu sudah pun dilaporkan kepada pihak polis.
Ketika kejadian, difahamkan jemaah di masjid tersebut sedang melaksanakan solat Isyak.
Perkara itu dimaklumkan oleh suara latar terdapat dalam video tular tersebut yang dipercayai merupakan pemilik kepada klip berkenaan.
“Jadi tuan punya badan yang kehilangan barang dah pun membuat laporan polis dan siapa-siapa yang boleh mengecam mak cik ini dan tahu di mana dia tinggal, boleh bagitahu kepada Masjid Taman Temerloh Jaya.
“Sebabnya laporan telah dibuat, nanti kita akan maklumkan kepada pihak polis,” menurutnya.
Setakat ini, tiada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian itu.
@majoritiofficial Waktu jemaah lain tengah sembahyang dia buat aktiviti tak baik ini ya. Makcik oo makcik, pulangkan la barang yang dicuri tu #majoriti #temerloh #pahang
Sumber : MO
ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA
Seorang Kontraktor Kena Tahan, Ceroboh dan Curi Seluar Dalam Wanita
Akibat kemaruk seks, seorang lelaki warga tempatan ditahan polis kerana menceroboh dan mencuri seluar dalam wanita di sebuah rumah di daerah ini pada Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima satu laporan berhubung kejadian itu sekitar jam 6.44 petang dan pihaknya telah membuat satu tangkapan sekitar jam 8.27 malam pada hari sama laporan dibuat.
“Tangkapan melibatkan seorang lelaki warga tempatan berumur 44 tahun di daerah Petaling Jaya dan turut merampas dua helai seluar dalam wanita bagi membantu siasatan.
“Hasil siasatan mendapati suspek bekerja dengan pakciknya sebagai kontraktor membuat rumah,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh kawasan rumah dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.
Menurutnya, suspek akan dihadapkan ke mahkamah esok untuk dituduh di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
Sumber : KMN