Seorang Wanita Maut Dihempap Kereta.

| December 2, 2020 | 0 Comments

Seorang Wanita Maut Dihempap Kereta. | Georgetown: Wanita maut akibat dihempap kereta yang terjunam dari ketinggian enam meter selepas merempuh tembok konkrit akibat terbabas di perkarangan Kondominium Green Lane Park, di Jelutong, dekat sini, hari ini.

Mangsa Kim Hui Ping, 49, dari Taman Desa Damai, Bukit Mertajam disahkan maut di tempat kejadian.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.54 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak bergegas ke lokasi.

“Terdahulu, sebuah Toyota Vios yang dipandu wanita berusia 71 tahun dipercayai terbabas lalu terjunam dari ketinggian 20 kaki (enam meter) lalu menghempap mangsa yang sedang berjalan di bahagian bawah.

“Pemandu kenderaan terbabit yang tersepit berjaya dikeluarkan lalu dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada polis sebelum dihantar ke hospital bagi tindakan lanjut.

Sumber : Metro

Category: INFORMASI, KELUARGA, KEMALANGAN, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *