Seorang Wanita Maut Kereta Dipandunya Dirempuh Lori.

| June 19, 2021 | 0 Comments

Seorang Wanita Maut Kereta Dipandunya Dirempuh Lori. | IPOH: Seorang wanita maut selepas kenderaan yang dipandu remuk dirempuh lori muatan makanan ayam yang dipercayai terbabas di Jalan Jelapang di sini pagi ini.

Noor Aishah Mohd Tahir, 26, yang cedera parah pada bahagian kepala disahkan maut oleh pegawai kesihatan di lokasi kejadian.

Ketua Zon 1 Bomba dan Penyelamat Jelapang, Nor Rasidamayati Abd Rasid, berkata berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.28 pagi memaklumkan berhubung kejadian sebelum anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian terdapat satu kereta yang berada di bawah lori dan terdapat seorang mangsa wanita di dalam kenderaan terbabit.

“Tindakan awal yang diambil adalah membersihkan tumpahan minyak yang berada di kawasan ini dan memotong punca elektrik yang berada di kawasan ini bagi memastikan operasi berjalan dengan selamat.

“Anggota menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang kemudiannya disahkan sudah meninggal dunia oleh pihak petugas kesihatan,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini.

Menurutnya, bomba menghadapi sedikit kesukaran untuk mengeluarkan mangsa kerana lori yang membawa muatan makanan ayam itu menghempap kereta.

Bomba terpaksa menggunakan kren untuk mengangkat lori berkenaan bagi mengeluarkan mangsa dari dalam keretanya yang remuk.

“Operasi dengan kekuatan tujuh anggota mengambil masa selama empat jam setengah untuk melakukan operasi mengeluarkan mangsa dan operasi selesai sepenuhnya pada jam 2.08 petang,” katanya.

Menurutnya, difahamkan lori itu dari Lebuhraya Ipoh Lumut hendak keluar ke Meru, manakala kenderaan mangsa pula dari sungai Siput menghala ke Batu Gajah.

“Mangsa mengalami kecederaan teruk pada bahagian kepala dan setakat ini punca kemalangan masih dalam siasatan polis.

Tags: , , , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *