KUALA SELANGOR – Seorang wanita maut selepas motosikal ditunggang merempuh sebuah kereta dalam kemalangan di Jalan Ladang, Kampung Jaya Setia, Bestari Jaya di sini pada Ahad.
Kemalangan jam 12.15 tengah hari itu menyebabkan mangsa berusia 20 tahun yang beralamat di Bestari Jaya meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Ramli Kasa berkata, polis menerima maklumat kejadian kemalangan melibatkan dua kenderaan itu pada jam 12.37 tengah hari.
“Siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal jenis WMOTO 15 dalam perjalanan dari Jalan Ladang menuju ke Bestari Jaya.
“Pada sama, kereta Proton Persona dipandu seorang lelaki berusia 48 tahun sedang bergerak lurus, namun secara tiba-tiba motosikal ditunggang mangsa yang datang dari simpang sebelah kanan tidak memberhentikan kenderaannya lalu merempuh bahagian kanan kereta tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Ramli berkata, akibat kemalangan itu, mangsa disahkan meninggal dunia dan dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat.
” Proses bedah siasat akan dijalankan setelah pihak Hospital menerima keputusan saringan Covid-19, manakala pemandu kereta mengalami cedera ringan pada bahagian tangan kanan,” katanya.
Jelas beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sumber : SH
ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA
Motosikal Kena Rempuh Lori, Seorang Warga Emas M4ut Tercampak
Seorang lelaki warga emas maut selepas bahagian belakang motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah lori di Kilometer 8, Gua Musang-Kuala Krai dekat Batu 5 di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.20 petang itu, mangsa, Ishak Musa, 73, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapat, mangsa menunggang motosikal jenis SM Sport 110E dari arah Gua Musang menghala ke Kuala Krai.
Katanya, mangsa dipercayai berhenti di sebelah tepi kiri jalan sebelum bergerak masuk secara perlahan-lahan ke laluan utama.

“Keadaan itu menyebabkan, dua kenderaan berada di depan lori jenis Isuzu sempat mengelak daripada melanggar mangsa.
“Bagaimanapun, pemandu lori berkenaan gagal mengelak mangsa sebelum merempuh belakang motosikal ditunggang warga emas itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Choon Foo memberitahu, insiden itu mengakibatkan mangsa tercampak ke atas jalan raya dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurutnya, warga emas itu dihantar ke Hospital Gua Musang di sini untuk dibedah siasat manakala pemandu lori yang berusia 23 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian.

Sumber : KMN