MUKAH – Seorang wanita warga emas berusia 80 tahun ditemukan rentung setelah terperangkap dalam rumah yang terbakar di Kampung Tutus Ulu, Jalan Mukah – Balingian pada tengah malam semalam.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kebakaran kira-kira pukul 12.04 malam dan segera menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah ke lokasi.
“Maklumat awal daripada pemanggil terdapat mangsa dalam rumah tersebut.
“Mangsa kemudian dijumpai rentung di bawah runtuhan rumah berkenaan,” katanya dalam kenyataan.
Menjelas lanjut, rumah didiami seramai enam orang itu telah terbakar 90 peratus.
Namun, beliau berkata seorang lelaki warga emas, tiga lelaki dewasa dan seorang wanita dewasa berjaya keluar menyelamatkan diri manakala mangsa terperangkap.
Katanya, pasukan bomba kemudian melakukan pemadaman menggunakan sumber air dari pili bomba dan operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada pukul 1.57 pagi.
Tambahnya jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan.
Sumber : Kosmo
ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA
Rumah Teres Terbakar, Lelaki OKU Ditemui M4ut
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) ditemukan maut dalam kebakaran di sebuah rumah di Taman Desa Country Homes, Rawang, Selangor, hari ini.

Katanya, anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang dan BBP Batu Arang tiba di lokasi lapan minit kemudian.
“Berdasarkan laporan awal, kebakaran melibatkan sebuah bilik di rumah teres dua tingkat.
“Terdapat seorang mangsa, iaitu lelaki berusia 56 tahun, dan merupakan OKU, ditemukan maut dalam bilik tersebut.
“Difahamkan, semasa kejadian mangsa tinggal dengan abangnya, warga emas berusia 65 tahun, namun abangnya tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Punca kebakaran dan punca kerugian masih dalam siasatan.
Sumber: KMN