Seorang wanita warga emas ditemui maut dengan kesan tikaman pada leher di sebuah rumah di Kampung Tersusun Lima, di sini, semalam.

Mangsa, 61, dikatakan ditemui jirannya dalam keadaan separuh bogel kira-kira jam 6.45 petang di dalam bilik di rumah terbabit, sebelum dimaklumkan kepada polis.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata mayat mangsa ditemukan dalam keadaan separuh bogel dengan kesan darah pada bantal, tilam serta dinding.

“Pemeriksaan lanjut menemukan kesan luka potong dan luka tikaman pada telinga, leher dan pipi mangsa.

“Terdapat juga kesan lebam pada lengan dipercayai akibat pergelutan dipercayai dengan suspek ketika cuba mempertahankan diri,” katanya melalui kenyataan.

Mohd Yusri berkata, siasatan lanjut mendapati suspek dipercayai memecah masuk rumah mangsa berikutan terdapat kesan umpil pada tingkap.

Bagaimanapun, katanya, tiada barang berharga milik mangsa hilang dan mangsa dikatakan tinggal sendirian di rumah berkenaan.

“Mayat kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan kesan luka tikaman pada leher,” katanya mengesahkan motif sebenar kejadian masih disiasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan bunuh.

Sumber : BH

 

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Warga Emas Ditemui M4ti Dlm Kereta Ditikam Dengan Garpu Kerana Isu Hutang

Siasatan kes bunuh warga emas berusia 70-an yang ditemui mati di dalam sebuah kereta di Jalan Selayang Baru, Batu Caves, Selangor pada 9 Mei lalu hampir selesai.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, seorang suspek warganegara Indonesia telah ditahan pada hari yang sama selepas kejadian itu berlaku.

Menurutnya, suspek dan mangsa saling mengenali serta tinggal dalam kawasan berhampiran.

“Suspek dipercayai selalu membuat pinjaman wang dengan mangsa bagi perniagaan barangan emas secara kecil-kecilan.

“Pada hari kejadian, suspek dan mangsa dipercayai bertelingkah serta bertengkar ekoran pinjaman wang sebanyak RM3,000.

“Suspek dipercayai telah menikam leher mangsa menggunakan garpu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dewan Serbaguna Balai Polis Seri Kembangan di sini, pada Isnin.

Beliau berkata, kertas siasatan berhubung kes itu hampir selesai dan akan dirujuk kepada pendakwa raya dalam masa terdekat.

Pada 10 Mei lalu Sinar Harian melaporkan penemuan mayat seorang lelaki warga emas yang dipercayai mati dibunuh dalam sebuah kereta di Jalan Selayang Baru, Batu Caves.

Mangsa yang berlumuran darah dengan kesan kecederaan parah di leher ditemui di bahagian pemandu kereta jenis Perodua Kancil di kawasan lapang hadapan sebuah pusat beli-belah.

Dahulu dilaporkan, polis menahan seorang lelaki susulan penemuan satu mayat warga emas dalam sebuah kereta jenis Perodua Kancil warna hijau di sebuah kawasan lapang berhadapan Selayang Centre Point, Jalan Selayang Baru, Batu Caves semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, mayat lelaki berusia 70an tersebut ditemui oleh orang awam kira-kira pukul 10.15 pagi, manakala suspek yang berusia 40an ditahan pukul 4.15 petang.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa beralamat di Selayang Baru. Mangsa berpakaian lengkap berbaju kemeja dan berseluar slack panjang berada di bahagian pemandu dalam kereta dengan berlumuran darah.

“Pemeriksaan tubuh mendapati terdapat kesan kecederaan luka parah pada bahagian leher dan turut dijumpai satu objek tajam. (Mayat) mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Zainal Mohamed berkata, suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 16 Mei ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Menurut beliau, motif kejadian masih dalam siasatan dan orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu siasatan polis.

“Hubungi Pegawai Penyiasat dalam kes ini, Asisten Superintendan (ASP) Puteri Noor Asiah Mohd. Sharif di talian 012-6718024 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222,” katanya.

Sumber : KMN

Share.

Leave A Reply