LUNDU – Seorang wanita warga emas maut selepas kereta Perodua Kancil yang dinaikinya merempuh belakang lori 10 tan di Jalan Lundu-Bau, berhampiran Kampung Stenggang pada tengah malam semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 12.33 malam dan mengarahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu serta BBP Bau ke lokasi kejadian.

Katanya, setiba di lokasi, pasukan bomba segera menjalankan operasi mengeluarkan mangsa berusia 64 tahun yang tersepit di tempat duduk bahagian hadapan Perodua Kancil berkenaan menggunakan peralatan khas.Beliau berkata, pemandu kereta terbabit iaitu seorang lelaki yang maklumatnya tidak dapat diperolehi mengalami kecederaan di kepala dan telah dikeluarkan oleh orang awam serta dihantar ke Hospital Bau.

“Mangsa yang tersepit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh paramedik dari Hospital Bau dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, katanya pemandu lori terbabit iaitu lelaki berusia 51 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata operasi tamat pada pukul 2.53 pagi dan setelah keadaan terkawal, pasukan bomba berangkat balik ke balai.

Sumber : Kosmo

 

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Pejalan Kaki M4ut Digilis Bas Ketika Melintas Lebuh Raya

SEREMBAN – Seorang lelaki warganegara Myanmar maut digilis sebuah bas ekspres ketika sedang melintas lebuh raya dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Kilometer 263.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara di sini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, mangsa seorang lelaki berusia 24 tahun itu mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan seluruh badan dan telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat digilis sejauh 20 meter.

Arifai berkata, kemalangan lebih kurang pukul 9.20 malam semalam melibatkan dua buah kereta, sebuah bas ekspres dan seorang pejalan kaki.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Toyota Altis yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 42 tahun sedang bergerak di lorong paling kanan lebuh raya dari arah Rembau menuju ke arah Setia Alam dan apabila tiba di lokasi kejadian, telah datang seorang pejalan kaki yang merupakan lelaki warganegara Myanmar berusia 24 tahun melintas lebuh raya dari arah bahu kiri menuju ke tembok tengah pembahagi lebuh raya di hadapan kenderaan itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas beliau, kereta tersebut cuba menekan brek namun terlanggar mangsa pejalan kaki sebelum tercampak ke lorong tengah lebuh raya.

“Kemudian, datang sebuah kereta jenis Perodua Alza yang dipandu seorang lelaki berusia 46 tahun berada di lorong tengah dari arah sama telah membrek dan mengubah haluan ke lorong kiri untuk mengelak mangsa, namun telah dilanggar pula dari arah belakang oleh sebuah bas ekspres yang membawa 44 orang penumpang.

“Impak pelanggaran telah menyebabkan bas terlibat hilang kawalan lalu menggilis mangsa pejalan kaki sejauh lebih kurang 20 meter di lokasi kejadian. Bagaimanapun, kesemua pemandu dan penumpang kenderaan lain tidak mengalami apa-apa kecederaan,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan atau mengenali mangsa bernama Nay Than Soe boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes Inspektor Muhamad Alif Ab Jalil di talian 018-2029479 atau 06-6033222 serta boleh terus ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply