Seorang Wanita Warga Emas Meninggal Dunia Ditimpa Runtuhan Dinding Rumah.

| April 20, 2020 | 0 Comments

Seorang Wanita Warga Emas Meninggal Dunia Ditimpa Runtuhan Dinding Rumah. | Wanita warga emas maut ditimpa runtuhan dinding dapur rumahnya di Kampung Semariang Batu, Petra Jaya, pagi tadi.

Hajijah Mahtar, 72, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Henderi Ardimansyah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.25 pagi.

Berikutan itu, tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya di tempat kejadian, didapati dinding dapur sebuah rumah roboh dan terdapat mangsa terperangkap di bawah runtuhan.

“Anggota bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan mangsa dari runtuhan dan didapati dia mengalami kecederaan parah di kepala,” katanya.

Katanya, pegawai perubatan yang berada di lokasi mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

Beliau berkata, kejadian itu dipercayai berlaku akibat struktur rumah jenis tidak kekal itu yang tidak kukuh.

“Bagaimanapun, siasatan lanjut dijalankan untuk mengenalpasti punca sebenar kejadian,” katanya.

Sumber : Mymetro

Tags: , , , , , , ,

Category: INFORMASI, KELUARGA, KEMALANGAN, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *