Seorang lelaki warga emas maut manakala isterinya serta dua lagi mangsa cedera dalam nahas melibatkan tiga kenderaan di Jalan Kota Tinggi–Mawai, pada pagi Isnin.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora, nahas yang melibatkan sebuah Perodua Myvi, Toyota Vios dan lori jenis Hino itu percayai berlaku sekitar 11.30 pagi.
“Polis mengesahkan menerima laporan mengenai kemalangan berkenaan yang melibatkan tiga kenderaaan di Jalan Kota Tinggi – Mawai.
“Siasatan awal mendapati pemandu Perodua Myvi seorang lelaki warga emas berusia 72 tahun, maut dalam kemalangan berkenaan.
“Punca kemalangan masih dalam siasatan dan kes akan disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
Dalam kemalangan tersebut, pemandu Perodua Myvi itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sementara isterinya berusia 71 tahun cedera.
Selain itu, pemandu Toyota Vios turut mengalami kecederaan dan pemandu lori Hino pula dilaporkan tidak mengalami apa-apa kecederaan.
Tambah Hussin, kesemua mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk menerima rawatan dan kesemua mangsa berkenaan akan dipanggil untuk direkodkan keterangan masing-masing selepas sesi rawatan selesai.
Sementara itu, menurut Ketua Balai Bomba Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Rafi Mohd Nor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan berkenaan melalui talian MERS 999 sekitar 11.06 pagi.
Katanya, sejurus menerima panggilan berkenaan, satu jentera FRT, satu jentera EMRS dari BBP Kota Tinggi dengan kekuatan lapan anggota bomba diketuai beliau selaku komander operasi telah bergegas ke lokasi.
“Setibanya di lokasi, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) mendapati dua mangsa dalam kereta Perodua Myvi tersepit, namun salah seorang mangsa (perempuan) telah berjaya dikeluarkan oleh orang ramai sebelum ketibaan PKO.
“Dalam pada itu, mangsa dalam kenderaan Toyota Vios pula didapati mengalami kecederaan tetapi tidak tersepit sementara pemandu lori Hino tidak cedera,” katanya.
Sumber : SH
ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA
Tiga Lelaki M4ut Kemalangan Dua Kereta Bertembung
Penampang: Tiga maut selepas dua kenderaan bertembung di Jalan Papar Lama berhampiran Kampung Nambazan, di sini malam tadi.
Kemalangan 11.30 malam itu menyebabkan pemandu MPV Naza Kia dan pemandu Perodua Myvi meninggal dunia. Turut maut, seorang daripada dua penumpang Perodua Myvi.
Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada Naza Kia yang dipercayai memandu melawan arus.
“MPV itu kemudian bertembung dengan Perodua Myvi menyebabkan kedua-duanya rosak teruk di bahagian hadapan.
“Tiga mangsa semuanya lelaki disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang penumpang kanak-kanak lelaki berumur empat tahun dalam Perodua Myvi cedera ringan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Haris berkata, mayat semua mangsa dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) di sini untuk dibedah siasat.
Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber: KMN