Seorang wanita warga emas maut selepas keretanya dinaikinya dilanggar dari belakang sebelum terbabas lalu melanggar pembahagi jalan di Kilometer 3.9 Lebuh Raya Kemuning, hari ini.

Mangsa berusia 60an disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.

Pengarah Bomba Selangor, Morni Mamat berkata, berdasarkan maklumat awal semasa kejadian mangsa yang memandu kereta jenis Perodua Myvi secara bersendirian dalam perjalanan ke Kota Kemuning dari rumahnya di Seksyen 18 di sini.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian sebuah kereta Perodua Alza dipandu seorang lelaki telah melanggar kereta mangsa sehingga terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

“Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya yang menerima panggilan kecemasan kemudiannya tiba di lokasi kejadian pukul 9.31 pagi

“Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan anggota bomba membantu mengeluarkan mayat mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Sumber : Kosmo

 

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Bapa Meningg4l Dunia Dalam Kemalangan, ‘Ayah Pandang Saya Sambil Senyum Sebelum Pergi’

PONTIAN – Seorang peniaga air jus tidak menyangka senyuman dilemparkan bapanya kelmarin menjadi kenangan terakhir sebelum warga emas itu maut dalam nahas di Kilometer 6.1, Jalan Parit Sikom-Parit Panjang dekat Kampung Parit Mokhayat di sini.

Hairul Zambri Rizal Pungut, 35, berkata, sebelum kejadian, arwah bapanya, Pungut Samuri, 66, keluar dari gerai mereka di Parit Panjang pada pukul 3 petang untuk mengambil daun ja­gung Pekan Parit Sikom.

“Ayah pandang saya sambil tersenyum selama beberapa saat sebelum keluar.

“Sejam kemudian, saya dibe­ritahu seorang rakan mengenai kejadian kemalangan yang me­nimpa ayah lalu bergegas ke lokasi kejadian,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurut Hairul Zambri, setibanya di lokasi nahas, dia melihat keadaan van jenis Nissan Vanette yang dinaiki bapanya remuk, manakala sebuah lori muatan ayam terbalik.

 

Luluh hati lelaki itu apabila melihat jasad bapanya yang terbujur kaku ditutup dengan kain oleh anggota bomba.

“Saya reda dengan ketentuan Ilahi, memang rutin hariannya ke pekan bagi mendapatkan daun jagung untuk diberi makan lembu peliharaannya,” katanya.

Dalam kejadian pada pukul 4.45 petang kelmarin, arwah Pungut maut selepas van yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori.

Siasatan awal mendapati, nahas dipercayai berlaku apabila lori dari arah Parit Panjang menghala ke Parit Sikom terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan van mangsa.

Mangsa yang cedera di badan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu lori berusia 53 tahun cedera di ta­ngan dan kaki.

Tambah Hairul Zambri, dia dan arwah bapanya sudah enam tahun menjual minuman jus buah-buahan di gerai tersebut.

Jenazah Pungut dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Panjang, Ayer Baloi, pada pukul 10 pagi semalam.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply