Seorang Warga Emas Meninggal Dunia Dalam Kemalangan Tiga Kenderaan | SEGAMAT – Seorang lelaki warga emas maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan berhampiran Felda Redong Jalan Segamat Labis ke Felda Redong pada petang Ahad.

warga emas maut

10 Anggota Dihantar Ke Lokasi

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Labis, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Hafifie Md Sarif, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan berkenaan melalui talian MERS999 pada jam 1.30 petang.

Beliau berkata, sejurus menerima panggilan berkenaan, satu jentera FRT dan satu jentera EMRS dari BBP Labis dengan kekuatan seramai 10 anggota telah dihantar ke lokasi.

Mangsa Tersepit Dan Meninggal Dunia Di Tempat Kejadian

“Setibanya pasukan bomba ke lokasi, didapati kemalangan berkenaan melibatkan tiga kenderaan jenis Perodua Myvi, Toyota Hilux dan Proton Persona.

“Pihaknya juga mendapati seorang lelaki warga emas dalam kenderaan Perodua Myvi telah tersepit dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Hospital Segamat.

“Mangsa di kenderaan Toyota Hilux iaitu dua lelaki serta dua wanita dan seorang lelaki bagi kenderaan Proton Persona pula didapati tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Menurutnya, pasukan bomba telah berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit di kenderaan Perodua Myvi dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sumber : SH

 

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Seorang Warga Emas Maut Gara-Gara Paramotor Terhempas Di Pantai Slpas Dibaiki

Seorang Warga Emas Maut Gara-Gara Paramotor Terhempas Di Pantai Slpas Dibaiki | BACHOK – Luncur udara (paramotor) yang terhempas di Pantai Irama di sini sehingga menyebabkan kematian warga emas dipercayai baru sahaja dibaiki sebelum dibawa untuk ujian penerbangan di pantai tersebut pada Jumaat.

warga emas maut

Baru Sahaja Baiki Kipas Paramotor

Saksi kejadian yang juga beach boy, Mohd. Shazarin Che Mazlan, 31, berkata, sebelum ini, pengendali paramotor berusia 77 tahun tersebut kerap datang ke pantai berkenaan untuk bermain sukan itu.

Difahamkan, warga emas itu baru sahaja membaiki kipas paramotor sebelum datang ke Pantai Irama untuk mencuba peralatan tersebut.

“Perjalanan paramotor itu di udara pada awalnya lancar sebelum terhempas dalam laut kira-kira 20 minit kemudian.

Mangsa Sering Bermain Paramotor

“Saya yang berada di lokasi terus mengemudi jet ski untuk membantu dua warga emas itu. Mangsa yang berusia 62 tahun meninggal dunia akibat lemas manakala pengendali paramotor sempat diselamatkan,” katanya ketika ditemui di Pantai Irama hari ini.

Mohd. Shazarin memberitahu, pengendali paramotor itu bukan individu asing bagi penduduk di Pantai Irama kerana dia kerap dilihat bermain paramotor di kawasan tersebut.

Kosmo! Online semalam melaporkan, kegembiraan dua lelaki warga emas bermain paramotor berakhir tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut akibat lemas.

Dalam kejadian pukul 6.41 petang itu, Mustaffa Isa, 62, yang merupakan bekas penghulu di Mukim Seribong, Kota Bharu maut selepas luncur udara dikemudi rakannya berusia 77 tahun terhempas.

Sumber : KMN

 

 

BACA JUGA :

Bayi Perempuan 17 Bulan Maut Kena Gilis Dengan Kereta Tengah Mengundur

Bayi Perempuan 17 Bulan Maut Kena Gilis Dengan Kereta Tengah Mengundur | Seorang bayi perempuan berusia 17 bulan maut akibat digilis sebuah kenderaan pacuan empat roda dipandu secara mengundur oleh sepupunya di Kampung Darat Kolam, Kerteh di sini malam tadi.

bayi kena gilis

Mangsa Keluar Rumah Tanpa Disedari Sesiapa

Dalam kemalangan pada pukul 8.20 malam itu, mangsa, Syaza Syazwina Zahra Mohd. Sazali meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sewaktu kejadian, remaja berusia 19 tahun tersebut sedang mengundur kenderaan pacuan empat roda, Toyota Hilux yang diletakkan di hadapan rumahnya.

“Dia dikatakan mahu pulang ke rumah bapa mentuanya di Rasau, Kerteh dan pada masa sama,mangsa (Syaza Syazwina Zahra) telah keluar rumah sendirian tanpa disedari sesiapa.

Mangsa Berjalan Ke Belakang Kereta

“Bayi itu dikatakan berjalan menuju belakang kenderaan pacuan empat roda sedang diundur sepupu perempuannya sebelum digilis,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Hanyan berkata, remaja berusia 19 tahun tersebut mendakwa tidak perasan kehadiran Syaza Syazwina Zahra.

Tambah beliau, bayi tersebut disahkan telah meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

Sumber : KMN

Share.

Leave A Reply