Seorang Warga Emas Parah Diserang Buaya

| January 12, 2022 | 0 Comments

Seorang Warga Emas Parah Diserang Buaya | Seorang warga emas parah selepas diserang buaya ketika mencari lokan di sungai berhampiran Kampung Rancangan Silabukan, Peringkat 4, kelmarin.

Bagaimanapun, lelaki berusia 70 tahun terbabit berjaya melepaskan diri dari gigitan buaya berkenaan dalam kejadian jam 4 petang itu.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, mangsa mengalami kecederaan parah dibahagian kaki, tangan dan perut.

“Siasatan awal mendapati mangsa bersama isteri dan lima lagi rakan sekampung pergi ke tepi sungai untuk mencari lokan.

“Namun seekor buaya secara tiba-tiba muncul di tepi sungai sebelum membaham kaki mangsa.

“Dengan bantuan rakan dan isterinya, mangsa berjaya diselamatkan selepas mereka bertindak memukul kepala dan mata buaya berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Sumber : Kosmo

Tags: , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *