Seorang Youtuber Ditembak Mati Ketika Sedang Merakam ‘Prank’ Rompakan

| February 7, 2021 | 0 Comments

Seorang Youtuber Ditembak Mati Ketika Sedang Merakam ‘Prank’ Rompakan | Seorang lelaki berumur 20 tahun mati ditembak ketika sedang merakam rompakan bank yang bertujuan untuk membuat ‘prank’ untuk kandungan Youtubenya.

Menurut Jabatan Polis Metropolitan Nashville, Timothy Wilks ditembak mati di tempat letak kereta Urban Air Trampoline and Adventure Park  sekitar jam 9:25 malam jumaat lepas. David Starnes Jr, 23 tahun mengakui bahawa dia telah menembak Wilks berikutan bahaya kepada dirinya dan orang lain.

Polis melaporkan, Wilks dan seorang lagi rakannya mendekati sekumpulan orang ramai termasuk David Starners dan mengacukan sebilah pisau pemotong daging. Ia sepatutnya menjadi ‘prank’ rompakan bagi video Youtube, kata rakannya itu kepada para dektektif.

Starnes memberitahu polis bahawa dia tidak tahu mengenai ‘prank’ tersebut. Tiada tangkapan dibuat, polis melaporkan bahawa mereka sedang menyiasat sama ada Starnes bertindak begitu untuk mempertahankan dirinya.

Sumber : BuzzFeed News

 

 

Tags: , , , ,

Category: DUNIA, INFORMASI, JENAYAH, KEMALANGAN, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *