Serang Tadika, Lima Cedera Ditikam

| September 20, 2020 | 0 Comments

Serang Tadika, Lima Cedera Ditikam | Lima cedera akibat ditikam dalam satu insiden serangan di sebuah tadika di bandar pelabuhan Guangzhou di wilayah Guangdong tenggara China, lapor agensi berita Sputnik, memetik media tempatan pada Isnin.

 

Kejadian berlaku kira-kira 7 pagi waktu tempatan pada Isnin (23:00 GMT pada Ahad) di pintu masuk tadika.

Menurut akhbar People’s Daily, kelima-lima mangsa dimasukkan ke hospital namun, maklumat mengenai berapa ramai mangsa terdiri kanak-kanak tidak dinyatakan.

Berdasarkan saksi kejadian sekurang-kurangnya dua kanak-kanak didapati cedera.

Suspek serangan sudah ditahan, tambah akhbar itu.

Sumber : HMetro

Tags: , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *