Sesat 18 Hari Dalam Hutan, Lelaki Hanya Makan Ini Untuk Hidup

| January 24, 2021 | 0 Comments

Sesat 18 Hari Dalam Hutan, Lelaki Hanya Makan Ini Untuk Hidup | Brisbane: Seorang lelaki yang hilang lebih dua minggu lalu, di hutan berhampiran Kilkivan, utara wilayah ini ditemui masih hidup selepas bertahan dengan minum air di empangan dan makan cendawan.

Robert Weber, 58, ditemui berhampiran sebuah empangan oleh pemilik hartanah tempatan pada pagi Ahad.

Beliau yang kali terakhir dilihat pada 6 Januari ketika meninggalkan sebuah hotel di Kilkivan, kira-kira 200 kilometer di utara Brisbane.

Polis Queensland berkata, petunjuk awal menunjukkan Weber menghadapi masalah selepas keretanya tersekat di satu jalan yang tidak diketahui lokasinya.

“Lelaki itu tinggal dalam keretanya bersama anjingnya selama tiga hari sebelum dia kehabisan air.

“Mangsa kemudian berjalan kaki dan tersesat serta tinggal di sebuah empangan di mana dia tidur di atas tanah, minum air di empangan dan makan cendawan,” kata menurut kenyataan polis.

Pasukan penyelamat sebelum ini menghentikan operasi pencarian udara dan di darat bagi mengesan lelaki itu.

Ia selepas pasukan berkenaan gagal menemukan jejaknya walaupun seminggu mencari di kawasan hutan, sungai, empangan dan kawasan yang curam.

Weber dibawa ke hospital dan dilaporkan selamat dan baik, kata polis.

Bagaimanapun, anjing lelaki itu masih belum dijumpai.

Sumber : BH

Tags: , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *