Dua wanita ditemukan selamat selepas dilaporkan tersesat hampir empat jam ketika menuruni Bukit Helang di Kampung Kebagu, Manggatal, di sini, malam tadi.

Sesat 4 Jam Ketika Turun Bukit. 'Ini' Keadaan Terkini Dua Wanita Setelah Ditemui..

Mangsa berusia 26 dan 27 tahun itu dijumpai pasukan penyelamat di kawasan Bukit Helang pada jam 8.33 malam.

Kedua-dua wanita itu dikatakan mula mendaki Bukit Helang kira-kira jam 4 petang sebelum tersesat ketika menuruni bukit berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.15 petang daripada salah seorang mangsa terbabit.

Katanya, mereka memaklumkan gagal menjumpai jalan keluar ketika menuruni bukit itu.

Jelasnya, susulan itu, sepasukan pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas bergegas ke lokasi bagi menjalankan kerja mencari dan menyelamat.

Berikutan itu, beliau memaklumkan pencarian yang turut dibantu anggota polis dan penduduk kampung itu akhirnya menemukan mangsa dalam keadaan selamat pada jam 8.33 malam tadi di kaki Bukit Helang.

Katanya, pasukan bomba kemudian mengiringi kedua-dua mangsa turun ke bawah bukit dengan selamat sebelum menyerahkan mereka kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, operasi kemudian ditamatkan pada jam 9.03 malam.

Sumber: Berita HarianĀ 

Share.

Leave A Reply