Setahun Berlalu, Ramai Kongsi Aktiviti Ketika Hari Pertama PKP Dilaksanakan Tahun Lepas

| March 18, 2021 | 0 Comments

Setahun Berlalu, Ramai Kongsi Aktiviti Ketika Hari Pertama PKP Dilaksanakan Tahun Lepas | Pada 18 Mac 2020, kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi seluruh negara di Malaysia untuk mengekang penularan wabak Covid 19. Ia boleh dikatakan dalam sejarah, buat kali pertama norma baharu muncul di negara ini.

Meninjau laman Twitter petang ini, ada seorang pengguna media sosial tersebut telah mengingatkan kembali pada tarikh hari ini merupakan hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun lepas. Ini bermakna sudah setahun berlalu PKP ini dijalankan.

Banyak perkara yang berubah dalam negara ini sepanjang setahun yang lepas. Tidak kira dari sudut ekonomi mahupun sosial, pasti ada yang terjejas dek kerana PKP ini.

Namun begitu, ada juga dari sudut positif yang boleh kita ambil hasil dari pelaksanaan PKP yang telah dijalankan. Antaranya adalah kita dapat meluangkan masa dengan orang yang tersayang, melakukan hobi yang sudah lama ditinggalkan dan sebagainya.

Tidak cuma itu, rata-rata di ruangan komen pada ciapan tersebut ramai berkongsikan aktiviti mereka pada hari pertama berlakunya PKP.

Sumber : Nadia J

Tags: , , , ,

Category: DUNIA, INFORMASI, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *