Setiausaha Agung MCA Mohon Kebenaran Jabatan Perhutanan Negeri Untuk Pekebun Ambil Barang

| July 13, 2021 | 0 Comments

Setiausaha Agung MCA Mohon Kebenaran Jabatan Perhutanan Negeri Untuk Pekebun Ambil Barang | Individu atau mana-mana pihak yang ingin memasuki kawasan kebun durian haram di Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub untuk mengambil sebarang barang perlu memohon kebenaran daripada Jabatan Perhutanan Negeri terlebih dahulu.

Dapatkan Keizinan Jabatan Perhutanan Negeri Untuk Ambil Barang

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata kebenaran daripada jabatan terbabit perlu diperoleh kerana kerajaan negeri bertegas dan tidak berkompromi dalam isu pencerobohan hutan. Kerajaan negeri konsisten dalam kerja penguatkuasaan dilakukan tanpa mengira kaum atau kawasan dan daerah ke atas pencerobohan tanah secara haram di negeri ini.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon telah memohon kebenaran daripada Jabatan Perhutanan Negeri untuk membenarkan para pekebun haram durian memasuki kawasan itu bagi mendapatkan barangan mereka yang ada di dalam hutan simpan itu.

Permohonan itu disuarakan Sin Woon ketika bertemu Wan Rosdy dalam kunjungan hormat bersama Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhamad di Wisma Sri Pahang, semalam.

Berhubung permohonan itu, dia telah meminta supaya Sin Woon memohon sendiri kebenaran untuk membenarkan pekebun memasuki kawasan itu daripada Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri.

Sejak operasi pada 3 Julai lalu, kira-kira 15,000 pokok durian Musang King yang ditanam secara haram dalam HSK Batu Talam seluas lebih 101 hektar sudah ditebang.

Jabatan Perhutanan negeri bercadang menanam kira 20,000 pokok hutan antaranya Merawan, Meranti, Balau, Keruing dan beberapa spesis lain.

Sumber: Berita Harian

Tags: , , ,

Category: Uncategorized

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *