Sidang Media YB Annuar Musa. Ini Komen DS Najib Razak. | KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membidas bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa kerana menggunakan sidang media untuk membuat pelbagai tuduhan.

Kata Pengerusi Lembaga Penasihat BN itu, tindakan Annuar Musa itu hanya mengeruhkan lagi keadaan.

“UMNO adalah parti yang meletakkan suara akar umbi pada tempat paling utama. Jika tak puas hati sebab kena pecat atau tidak bersetuju dengan suara-suara akar umbi serta hampir keseluruhan Ketua Bahagian UMNO yang menolak PPBM, janganlah buat sidang media khusus untuk tuduh macam-macam untuk mengeruhkan keadaan,” katanya dalam satu kenyataan di laman sosial Facebook hari ini.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Pekan itu juga mempersoalkan tindakan Annuar yang didakwa menuduh UMNO bekerjasama dengan DAP.

“Kenapa pula UMNO nak bekerjasama dengan DAP jika majoriti akar umbi serta Ketua Bahagian menolak DAP?,” tegasnya lagi.

Sumber : Astro Awani

Share.

Leave A Reply